Tuesday, September 17, 2013

BIDAN KAMBING : LEBIH BAIK JANGAN

Kajian sebuah hospital kanak kanak di Amerika, Henry Ford Hospital di Detroit :

Bayi yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean adalah 5 kali ganda lebih mudah mengalami alergi daripada bayi yang lahir secara alami. Bayi caesarean kurang tahap imunisasi bila didedahkan kepada faktor faktor alergen (penyebab alergi) misalnya anjing, kucing, hama dan lain lain.

5 kali ganda. 500%. Banyaknya.

Ada juga beberapa kajian lain yang menemukan kesimpulan serupa di mana para pengkaji mula mendapati perbezaan ketara jangka panjang antara kelahiran alami dengan kelahiran pembedahan.

Hmmm.... aku dah lama terfikir kenapa setiap kelahiran diiringi kesakitan. Pasti ada sebab kenapa sakit beranak itu wajib. Nah sekarang aku dah tahu salah satu sebab dari sekian banyak manfaat yang belum dikaji.

Sakit masa beranak adalah satu satunya sakit yang menandakan bermula kehidupan. It is life giving pain. Hebatnya keistimewaan yang dikurniakan kepada orang perempuan.

Akan tetapi sayangnya makin banyak perempuan zaman sekarang lebih suka memilih pembedahan bila nak melahirkan anak. Mereka tidak mahu merasa sakit. Alangkah baiknya kalau mereka ini mengetahui kebenaran dan keajaiban yang terselindung di balik kesakitan tersebut.

Ok. Cerita kambing pula.

Kajian di atas menguatkan kepercayaan aku bahawa kita tidak sepatutnya membantu kelahiran kambing kita. Kita tak perlu jadi bidan. Kita perlu ada sikap rileks bila kambing nak beranak. Jangan jadi cemas kelam kabut asyik nak perhatikan kambing beranak baik masa siang mahu pun tengah tengah malam.

Kalau kita bantu, anak kambing akan cepat mudah sakit masa akan datang. Lemah sistem imun. Macam kajian di atas.

Biar je kambing tu beranak sendiri. Tak yah sibuk sibuk nak tarik, atau sibuk sibuk masukkan tangan ke dalam rahimnya. Ini kerja payah, banyak makan masa. Penat kita jadinya.

Dan aku dapati kelahiran adalah mudah, tanpa perlu kepada campurtangan kita, bila kita bela baka berdarah tempatan. Baka tulen yang besar besar tu - baik darah asing mahu pun berdarah tropika - perlukan kita jadi bidan selalu. Fuh time consuming betul. Jadi high input pula.

Salah satu penanda utama low input husbandry ialah ketiadaan kerja bidan.

Dan ladang aku ialah ladang low input. Ladang senang punya kerja. Aku takde sibuk sibuk nak inject pelbagai hormon dan vitamin bila masa beranak dah dekat. Aku juga takde inject oxytocin sejurus beranak dengan tujuan memudahkan uri keluar. Aku takde bantu kelahiran. Aku takde sembur iodin ke tali pusat anak kambing. In fact, aku takde iodine spray. Aku tak guna mamimune yang dititiskan ke hidung anak baru lahir demi membantu imunisasi anak.

Dan aku suka kalau ibu kambing beranak atas tanah. Biar anak dan tali pusatnya bergelumang dengan tanah walau nampak kotor. Aku percaya apa saja bakteria dan virus yang melekat pada tali pusat akan membantu imunisasi anak tersebut pada kemudian hari.

Aku tak perlukan segudang ubat ubatan untuk menyambut kelahiran anak kambing. Aku juga tak perlukan segudang masa dan tenaga bila sampai musim kelahiran. Aku juga tak perlukan segudang kerisauan bila memikirkan survivabiliti kambing kambing.

Biak kambing sebenarnya mudah. Kebenaran itu mudah. Tetapi kepalsuan bertalu talu membenamkan kebenaran. Membuatkan perkara mudah jadi sulit, membebankan dan membingungkan.


Masa untuk sapu kepalsuan keluar dari ladang kita!

1 comment: