Monday, July 8, 2013

LANGIT TUJUH LAPIS - DI MANA?

Saksikan kehebatan Rabbul Jalil dan tenggelamlah dalam kebesaran Rabbul Alamin. Bacalah ayat ayat Tuhan berikut perlahan lahan. Patah demi patah.

Hipotesis. Part Three.
__________________________________

Do you not consider how Allah has created seven heavens in layers

"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, (Noh:15)
___________________________________

"[And] who created seven heavens in layers. You do not see in the creation of the Most Merciful any inconsistency. So return [your] vision [to the sky]; do you see any breaks?"

"Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?" (AlMulk:3)

"Then return [your] vision twice again. [Your] vision will return to you humbled while it is fatigued."

"Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)." (AlMulk:4)

"And We have certainly beautified the nearest heaven with stars and have made [from] them what is thrown at the devils and have prepared for them the punishment of the Blaze".

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang." (AlMulk:5)
____________________________________________

Penemuan mengejutkan oleh satelit pencerap Planck milik European Space Agency, dan satelit pencerap Fermi milik NASA.

2009.

Planck dilancarkan ke angkasa dengan misi mencerap kandungan, struktur, dan umur alam semesta. Misi sama dengan Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP), mengkaji cosmic microwave background. Menentukan peratusan sebenar jirim terang (visible matter), jirim gelap (dark matter), dan tenaga gelap (dark energy).

Planck dibina pada kos 700 juta euro, diletakkan 1.5 juta kilometer dari bumi, dan memiliki peralatan cerapan yang sangat sensitif melebihi spesifikasi WMAP. Ultra sensitif.

Planck beroperasi pada suhu ultra sejuk - sangat sangat hampir dengan absolute zero, -273 darjah celsius, suhu terendah alam semesta. Planck berjaya melakukan pemetaan seluruh langit yang mampu dicerapnya sebanyak lima kali, termasuk pusat galaksi Bimasakti kita, dan sebuah daerah berhampiran Sagittarius A*, dan misi ini berjalan selama 14 bulan. Kini kuasa cerapan Planck semakin berkurang kerana kehabisan penyejuk helium.

Planck sangat berjaya dalam misinya. Banyak data data cerapan yang berjaya dikumpulkan, dan sedang dianalisis. Hanya pada 2014 barulah keluar keputusan kajian rasmi.

_________________________________________

Fermi Gamma Ray Observatory.

Milik NASA. Dilancar ke angkasa pada 2008 pada kos 500 juta dolar amerika. Bertujuan mengkaji fenomena sinaran gamma dalam alam semesta.

Sinar gamma adalah sinar bertenaga tinggi, yang dihasilkan oleh peristiwa peristiwa besar alam semesta - ketika bintang bintang super gergasi mati meletup (supernova, hypernova),atau ketika bintang ditelan black hole; dan juga ketika berlaku perlanggaran kosmik - bintang dengan bintang, black hole dengan black hole, black hole dengan bintang neutron, bintang nuetron dengan bintang neutron, atau galaksi dengan galaksi.

Peralatannya juga ultra sensitif seperti Planck. Dan Fermi juga beroperasi pada suhu ultra sejuk, sangat hampir dengan absolute zero.

Cerapan Fermi meliputi seluruh langit alam semesta sepertimana Planck. Termasuk pusat galaksi Bimasakti kita, dan sebuah daerah berhampiran Sagittarius A* - monster black hole yang sebenarnya jiran yang sangat dekat dengan kita pada skala kosmik.

Data data yang dikumpulkan sangat banyak dan sedang dianalisis. Sama seperti Planck, 2014 barulah keluar keputusan rasmi kajiannya.
___________________________________________________

2012. Januari.

Sepasukan saintis Belanda sedang menganalisis data data Planck dan Fermi bilamana mereka mengesan keanehan isyarat sinar gamma dari sebuah daerah berhampiran sagittarius a*. Keanehan yang sangat aneh. Isyarat yang sepatutnya mereka tidak nampak, isyarat yang sepatutnya tidak mampu mereka kesan, isyarat yang sepatutnya ghaib.

Sinar gamma aneh yang sangat luar biasa frekuensinya ini mereka tidak nampak puncanya - tiada kelihatan perlanggaran bintang bintang atau black hole, tiada sebarang supernova atau hypernova, melainkan....

wujud peristiwa pelanggaran kosmik yang sangat ekstrem, bukan dari alam semesta yang kita nampak, tetapi dari alam semesta yang ghaib...

Bila jirim gelap (dark matter) berlanggar dengan jirim gelap (dark matter).

Tuan puan pembaca sekalian, alam semesta yang kita nampak - buminya, bintangnya, galaksinya - ini semua adalah jirim terang (visible matter) yang hanya merupakan 4.9% kandungan alam semesta, berdasarkan cerapan Planck.

Planck mendapati 26.8% lagi adalah jirim gelap (dark matter) yang memang kita tidak mampu nampak, manakala 68.3% adalah tenaga gelap (dark energy) yang jauh lebih misteri, yang sampai sekarang tiada siapa yang mengetahui apa sebenarnya ia.

Pelik sungguh ye, kita ingat apa yang kita nampak adalah sebahagian besar alam semesta. Rupa rupanya baru 4.9% yang kita nampak, itu pun tak nampak nampak penghujung alam semesta.

Ok. Itu jirim terang. La ni jirim gelap. Yang kuantitinya jauh lebih banyak atau 5.5 kali ganda daripada jirim terang. Kita memang tak boleh nampak jirim gelap hatta dengan teleskop paling berkuasa paling sensitif paling canggih pernah manusia cipta.

Malah aku berani katakan disini, jika seluruh malaikat, jin dan manusia dari seluruh generasi bergabung memerah segala sumber yang dimiliki untuk menerobos apa yang terkandung dalam jirim gelap - tidak terdaya kita melakukannya.

TETAPI,

Kita mampu memerhati tanda tanda kewujudan jirim gelap, dan membuat inferens (kesimpulan) sebagaimana kita mampu memerhati tanda tanda kebesaran Tuhan kita dalam penciptaan alam.

Ok. Penemuan pasukan saintis Belanda ini telah mengesahkan kewujudan jirim gelap yang sekian lama diburu dan menyebabkan para kosmologis terpaksa mengubah atau memperbaiki teori dan model jirim gelap mereka.

Ada beberapa inferens awal yang dibuat oleh saintis pengkaji jirim gelap (dark matter) ni - pertamanya : "Dark matter is not dark matter. Dark matter are many many many many many many diverse invisible matters"

Aaa itu satu. Selama ini kita ingat jirim gelap ialah jirim gelap sahaja. Rupanya sepertimana jirim terang - atom dan kepelbagaian sub partikelnya, jirim gelap juga memiliki kepelbagaian atom gelap dan sub partikel gelap yang jauh melebihi jirim terang.

Pemerhatian kedua yang dibuat berdasarkan sinar gamma yang aneh itu : apa yang diukur Fermi dan Planck di daerah angkasa itu merupakan 1/6 jirim gelap.

Satu per enam.

Maknanya ada enam lapis jirim gelap. Baru satu lapis kita nampak tanda kewujudannya. Ada lagi lima lapis yang masih ghaib tetapi kita tahu kewujudannya.

Aha! Dark matter ni rupanya enam lapis, dan langit kita yang merupakan jirim terang (visible matter) ni adalah selapis lagi. Jadi semuanya tujuh lapis langit.

Tuan puan, teori terbaru dark matter menyebabkan para saintis dan kosmologis seluruh dunia menggosok gosok mata dan menggaru garu kepala mereka dalam ketidakpercayaan tetapi teori baru ini adalah selari dan muat dengan penemuan sinar gamma yang aneh ini.

Teori ini menyatakan sebahagian atau selapis jirim gelap adalah alam semesta tersendiri. Alam mereka sendiri. Dengan struktur atom dan sub atom gelap tersendiri. There is dark earth, dark planets, dark stars, dark galaxies, dark universe and ............ dark life.

Uh oh ada shadow earth, shadow stars, shadow galaxies, shadow universe, and shadow life? Serentak dengan kewujudan kita? Dan bukan selapis tapi berlapis lapis?

Ye tuan puan, kita kena ingat dark matter bukan sahaja pada daerah spesifik berhampiran sagittarius A* tetapi tersebar di seluruh alam semesta. Dan saintis mengatakan bukan kita sahaja yang wujud dalam alam semesta ini. Ada dunia bayangan yang bukan selapis tetapi enam lapis!

Setiap lapis memiliki dunia yang berbeza. Masing masing tidak dapat menembusi lapis masing masing.

Tuan puan aku bukan cerita khayalan, bukan rekaan aku sendiri, tetapi ini pandangan saintifik.

Pendek cerita, alam semesta kita memang tujuh lapis. Ada enam lapis lagi yang kita tidak nampak. Setiap lapis alam semesta ada galaksi galaksinya sendiri, bintang bintangnya sendiri, planet planetnya sendiri, dan makhluk makhluknya sendiri.

Dan setiap makhluk berada dalam lapisannya sendiri, tidak mampu melihat menembusi lapisan masing masing. Tetapi mampu melihat tanda tanda kewujudan lapisan lain.

Para jin dan malaikat juga tidak mengetahui apa yang ada pada setiap lapisan langit.

Adakah kita terfikir alam jin dan alam malaikat adalah adalah sehebat hebat alam ghaib?

Tidak sama sekali.

Kita dijadikan daripada atom, manakala para jin dan malaikat dijadikan daripada partikel subatomik. Malaikat daripada photon, manakala jin daripada proton. Semua atom dan partikel subatomik ni adalah jirim terang (visible matter). Ye tuan puan, kita dok ingat mereka ni alam ghaib lapisan lain. Rupanya mereka masih berada di lapisan pertama.

Lapisan pertama.

Dan setiap lapisan dark matter masing masing memiliki alam ghaib mereka sendiri. Ada makluk mereka sendiri, ada jin mereka sendiri, ada malaikat mereka sendiri. Enam lapis. Enam lapis yang berbeza alamnya. Dan alam mereka jauh lebih lebih lebih luas daripada alam kita.

Allah Allah Allah Yang Maha Besar.

Adakah kelam kabut alam semesta ini dengan sebegitu banyak lapisan yang ghaib, ditambah pula alam ghaib dalam setiap lapisan? Ghaib berlapis lapis?

Bacalah ayat ini dari surah AlMukminun (The Believers).

And We have created above you seven layered heavens, and never have We been of [Our] creation unaware.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh lapis langit di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami. (AlMukminun:17)

___________________________________________

Tuan puan pembaca,

AlQuran semakin benar dan semakin benar. Apa yang membingungkan para ulama berkaitan penciptaan alam suatu ketika dahulu, kini semakin terbongkar hasil pemerhatian kita kepada tanda tanda kebesaran Tuhan menggunakan sains dan teknologi.

AlQuran adalah benar benar mukjizat yang sangat hebat, benar benar merentas masa dan generasi, benar benar boleh difahami bukan sahaja oleh para ulama tetapi oleh semua pembacanya. Kita semua mesti menyelak AlQuran dan membacanya, barulah kita lebih mengenal siapa Tuhan kita, barulah kita dapat melihat kehebatanNya, barulah kita dapat merasai nikmat bercinta denganNya.

Barulah kita tahu nilai iman, barulah kita tahu keindahan menjadi seorang mukmin (believer), barulah kita tahu kita berada pada jalan yang benar.
_______________________________

Hmmm.... alam semesta dalam alam semesta, berlapis lapis alam semesta. Itu baru alam semesta kita yang ada tujuh lapis.

Macam mana dengan multiple universe yang infiniti bilangannya? Masing masing ada dark matter dan dark energy yang berbeza. Barangkali ada yang 70 lapis, atau 700 lapis, atau 7,000 lapis, atau 70,000 lapis, atau 7,000,000 lapis, atau......... Dan setiap lapis ada alam ghaib sendiri.

Nah sekarang kita tahu kenapa malaikat Israfil peniup Sangkakala tidak pernah mendongakkan kepalanya melihat arasy Allah semenjak diciptakan berbillion tahun dulu,

Nah sekarang kita tahu kenapa lapan malaikat penanggung Arasy tidak berani bergerak walau seinci semenjak diciptakan sebelum alam semesta ini dicipta (mungkin ribuan billion tahun, atau ribuan trillion tahun, I don't know - but one thing I am sure, they are older than our universe age)

Nah sekarang kita tahu kenapa semua penghuni langit pertama berbondong bondong bertawaf di Baitul Makmur dan kemudian beratur memasuki Sidratul Muntaha, menerima saat saat kematian mereka dengan tenang,

Nah sekarang kita tahu kenapa sejahat jahat sefasik fasik Iblis, tidak pernah berani sama sekali mengaku dirinya sebagai Tuhan (Iblis lari lintang pukang menjauhi Firaun sebaik sahaja Firaun mengaku dirinya Tuhan),

Nah sekarang kita tahu kenapa Nabi kita walau pun dijamin masuk syurga, walau mendapat tiket super vip sebagai kekasih Tuhan, penghulu segala Nabi - masih mendirikan solat tahajud setiap malam hingga bengkak kakinya, dan masih berlapar hinggakan dua ketul batu diikat pada perutnya,

Kerana mereka semua sedar dan gentar akan kehebatan Tuhan Sang Pencipta, yang memiliki seluruh kerajaan di langit dan bumi, dan alam ghaib berlapis lapis. Yang mengetahui apa yang mereka tidak ketahui.

Our Lord is the Greatest!

Almighty Allah!






2 comments:

  1. Allah Maha Besar, Sang Pencipta Maha Agung. Segala puji bagi Allah yang mencipta sekecil2 zarah, dan sebesar alam semesta.

    Rumusan yang dibuat Prof ni betul mengagumkan, mengingatkan kita kepada kehebatan Sang Pencipta. Gerun membacanya.

    La haula wala quwata illa billahil azim.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu akbar..mmg ssuai la title Prof tu,kajian dah meliputi alam semesta..pnjelasan yg dsertakan brsama bukti pnemuan saintifik terbaru brkaitan alam mmg mengujakan bila dibaca..terbaik Prof n selamat berpuasa..:-)

    ReplyDelete