Wednesday, June 19, 2013

BILA ARC BERTANYA

Aku belum kenal Arc. Seems like a new guy in the industry, and I would like to address his question. Semalam. Soalannya pada post Burn Baby Burn! :

"nak tanye kandang prof alwi x buat sembelih n lapah. jadi kalu customer nak bli untuk akikah dorang sentiasa amik hidup ke? "

Ye. Customer aku semuanya ambik hidup. Aku jual untuk upacara. Tak kisahlah Islam, Hindu, Kristian, atau Buddha. Aku tidak target daging yang telah diproses samada untuk kedai daging, pasar daging, pasar tani, pasar malam dan yang sewaktu dengannya.

Aku betul betul pure livestock breeder and seller. Absolute focus.

Seingat aku, ada sekali je aku sendiri sembelih dan lapah, bilamana kawan baik aku dari bangi datang beli kambing. Ye sekali tu je aku tawarkan perkhidmatan tambahan selepas bertahun tahun bela kambing.

Ada juga potential customer datang mintak aku masakkan sekali. Tapi ini sikit sangat. Setakat tahun ni, ada dua orang yang minta macam itu, dan aku terpaksa tolak. Ye aku hilang customer tapi negligible dan aku direct kepada kawan dan kenalan.

Boleh ke survive dengan fokus jual hidup sahaja? Betul boleh ke? Banyak tengok penternak kena buat macam macam side income, jual macam macam, ada yang buat trading, ada yang depend on susu punya income?

Well, I still live, surviving and prospering. Still no trading, dan tak mengharap income susu mahu pun tahi kambing.

Realitinya ialah apabila kita bela kambing, always target pasaran hidup. Its lucrative, it's much easier on us, and demand is always there. Aku tak pasti kenapa ramai rakan penternak yang dah mencapai taraf semi komersial masih bergelut dengan pasaran yang tidak sepatutnya, yang tidak padan(matching) dengan tujuan asal bela kambing.

Oh ye aku tahu - terrible breeders had to find additional revenue streams (not enough kids to sell), but efficient or expert breeders always stay inside livestock market (since they have enough kids to sell).

Ini penting - hampir semua rakan pembiak full time yang aku kenal, yang sudah mencapai taraf semi komersial, dan komersial, dan masih hidup sehingga kini (lebih empat tahun operasi), - hampir semuanya livestock seller. Downstream services? Kadang kadang.

Bagi yang tiada kapasiti pengembangan, contohnya lokasi bandar, memang lebih baik fokus pada katering atau whatever derivative services. Dan bagi yang lokasi ladang pada rural areas, obviously lebih baik fokus kepada pembiakan. Kita kena padankan resources yang kita ada dengan market kita.

Yelah barbeku barbeku ni dah tentu high demand kawasan bandar, tapi bandar mana ada kawasan nak biakkan kambing. Bising jiran jiran. Ada juga penternak yang berani tetapi banyaklah cabarannya. Kena betul betul lasaklah mental fizikal, pendinding sana sini. Lebih baik serahkan usaha biakkan kambing kepada mereka yang di luar bandar, beli aje kambing dari diorang.

ok, apa lagi nak cerita. Mmm...

Bagi pembiak kambing pedaging yang berhasrat nak buat full time, kena target at least 50 induk atau breeders, to be on the safe side. Kalau bukan full time, tak pe lah tak sampai 50 induk pun. Dengan 50 induk kambing baka kacukan tempatan (baka lain, lain benar ceritanya ye) dan buat sistem semi intensif, income bersih kita at least $2500 sebulan (dah tolak lah opex). At least. Tapi tak guna pekerja ye.

$2500 sebulan tu sasaran kementerian pertanian untuk usahawan tani/ternak. Aaa rasa rasa sumber yang kita ada tu cukup tak untuk 50 ekor breeder? Kena fikir dalam dalam sikit ni. Kos kandang dan carrying capacity of the land?

Kalau tuan puan di kawasan luar bandar, dan kos kandang dapat buat bawah $18 sekaki persegi (lagi rendah kos kandang lagi baik, atau pun sewa je kandang - lagi jimat) - most likely you are suitable candidate to be a full time meat goat breeder.

Aaa kita nak buat low input system bagi pembiak yang baru berjinak dalam industri ni. Besok besok kalau breeding skill dah tip top, reputation pun dah ok, tak kisahlah tuan puan nak buat high input, dok bela 500 ekor tengah tengah bandar, sebelah KLCC sekali pun. Tak kisah. Takde hal tu.

Seboleh bolehnya aku sangat berharap semua penternak baru adopt sistem low input, demi meningkatkan kadar survival seterusnya kejayaan dalam industri. Tapi ada juga penternak baru yang nak bantai juga high input, pasal modal tinggi, tak pelah yang ni aku tak kacau, suka hati dioranglah. Cuma nya aku dah tahu macam mana likely ending nya nanti.

Probability kejayaan sebagai pembiak kambing pedaging full time adalah lebih tinggi sekiranya kita pilih low input husbandry, especially kepada yang baru terjun dalam industri, dan modal pun tak seberapa. Kepada sesiapa yang nak pilih high input husbandry, aku tak berapa galakkan melainkan modal betul betul tinggi, dan kita memiliki high resistance and high resilience to 'burn out' scenario.


Sekian, terima kasih!

No comments:

Post a Comment