Friday, April 19, 2013

UJIAN DEMI UJIAN


Maha Suci Tuhan yang memberi nikmat, dan menariknya bila bila masa.

Turbulent. Chaotic.

Minggu dukacita buat aku.

Ladang aku diserang secara kasar dan secara halus.

Barangsiapa yang mengambil apa yang bukan haknya, baik secara paksa mahu pun diam diam, ketahuilah itu hanyalah kesenangan yang sementara.

Barangsiapa yang berdamping dengan syaitan demi memenuhi hasad di hati, ketahuilah itu semua hanyalah tipu daya syaitan yang akhirnya membinasakan diri. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik pelindung dan sekaya kaya pemberi nikmat.

Aku tahu aku kena bersyukur melalui ujian ini, kerana aku tahu wujud ramai rakan pembiak seangkatan yang mengalami ujian lebih getir dan lebih pahit. Apa yang dialami mereka menjadi salah satu sumber kekuatan dan kesabaran buat aku.

Buat rakan pembiak yang memberi sokongan, terima kasih banyak banyak di atas sokongan tuan tuan.

Dan di sebalik berita buruk yang datang bertimpa timpa, datang juga berita baik bertalu talu. Jadi aku akan fokus kepada apa yang baik, tak mahu mengenang apa yang pahit.

Semoga Tuhan memberi kekuatan kepada kita yang mahu mengikut jalan para anbiya'.

Salam hormat.

19 comments:

  1. Turut berduka cita. Semoga menjadi kafarah, menjadi penyebab naik pangkat di sisi Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks abdul shahiid. Semoga usaha tuan diberkati Tuhan.

      Delete
  2. Semoga tabah menghadapi ujian n dugaanNya..InsyaAllah akan beroleh ganjaran dari ujian trsebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isal, thanks for your support. You are tremendously loyal reader and supporter. Thanks again!

      Delete
  3. Semoga sifu tabah menghadapi ujian dan dugaan Nya..pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. semoga tuan lebih berjaya, In Shaa Allah...amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks firdaus. Tapi, kita belum pernah jumpa kan?

      Delete
  4. "Allah menguji kita degan ujian yang mampu kita tanggung"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. The Great Lord has been gentle with me.

      Delete
  5. Salam, Sdr. Alwi, apa sebenarnya yang terjadi? PAtutlah dah lama tak update blog. Walau apapun, setiap musibah yang menimpa ada hikmah besar di sebaliknya. Banyak2 bersabar, tabah dan sentiasa ingat... hasbunallahi wanikmal wakiil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dr tajul. Saya percaya ujian yang dilalui tuan lebih besar dari ujian yang saya lalui.

      Delete
  6. bersabarlah prof. mungkin ada hikmah di sebalik musibah yg menimpa.selawatlah banyak2 untuk mendapat ketenangan. moga terus tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang Naim juga melalui jalan yang lebih berliku dari saya. Pengalaman bang naim menjadi inspirasi buat saya. TQ!

      Delete
  7. Askm wt Alwi.

    Aku suka bila ada masalah, kita fikir cara konkrit utk elak masalah sama berulang. Jadi jurutera sekejap.

    Fikir, mesti ada solution utk selesai sekali dan seterusnya. Cara yg bijak dan releven.

    paling bijak, serang pada puncanya.

    Bersabar itu separuh dari iman.

    sekali lagi, fikir dan fikir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zul, memang patut ko jadi manager. Problem solver. TQ!

      Delete
  8. Truly sorry to hear about your disaster. I hope the family made it through safely. In following the path of the anbiya', it is comforting to note that if the dunia had any worth at all, no one of the anbiya' would have been assassinated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This disaster happened to be a blessing in disguise, it brings me closer to my God.

      Delete
  9. Dalam zaman moden ni, masih ada manusia melakukan sihir, syirik, dosa yang paling besar. Menyampah dan benci dengan manusia begini.

    Harap alwi bersabar, ahli tasawuf pernah berpesan pada saya, jika Allah tunjuk dunia, ramai manusia mengejarnya, sekumpulan kecil yang tinggal di hadapan Allah. Apabila ditunjukkan syurga ramai juga yang mengejarnya. Hanya segelintir tinggal di hadapan Allah, memandang dan mengharapkan semata-mata Allah.

    Mari kita redha dengan sedikit ujian dunia. Walaupun hati sakit, sabar banyak-banyak. Ujian dunia..untuk akhirat jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks RK. (Raha Kamal kan? yeah I think so)

      Delete
    2. betul pandangan ahli tasawuf tu. Kita bukan kejar syurga sebenarnya. Peringkat iman yang lebih tinggi ialah mengejar Tuhan, tenggelam dalam keasyikan bercinta denganNya.

      Delete