Thursday, March 14, 2013

THE SHOW VS THE REAL GAME


Dalam sekian banyak pertandingan kambing yang aku kunjungi, yang menang dan yang menarik perhatian ialah baka kambing yang besar besar. Lagi besar lagi tinggi peluang menang. Lagi besar lagi cantik. Lagi besar lagi tinggi nilainya. Lagi besar lagi pengunjung oohh aahh.

Lagi besar, lagi bagus, lagi baik dijadikan pejantan atau induk. Big is always better.

Ya kah?

Pengalaman aku membuktikan sebaliknya. Tuan puan pembiak kambing yang dihormati, aku adalah pembiak kambing 100%. Jalan penternakan yang dikatakan paling susah, jalan di mana banyak penternak yang gugur, jalan di mana 'mustahil' lebih banyak diucapkan dari 'boleh'. Aku tiada pendapatan lain. Aku tiada hasil sawit, aku tak buat trading atau importing, aku tiada khidmat sembelih melapah memasak, aku tak jual daging mentah atau sejuk beku, aku tak jual ubat atau makanan ternakan, dan aku tiada agrotourism.

Hanya usaha pembiakan kambing. Satu satunya kemahiran yang aku ada.

Jadi aku acutely aware (sangat sangat sedar) di mana kunci kejayaan seorang pembiak kambing pedaging. Dan aku boleh beritahu, dan aku yakin : sekiranya kita menjadikan saiz kambing lebih besar lebih bagus sebagai kriteria pemilihan utama untuk dijadikan pejantan atau induk - kita akan mati. Cepat. Dead meat. We will go extinct faster than the dodo. Way much much faster.

Malangnya aku masih dan masih melihat rantaian pembiak, terutamanya pembiak baru, yang taksub dengan saiz kambing. Lagi besar lagi bagus lagi impressive katanya. Dia belum nampak input yang bakal dikeluarkannya hanya untuk memastikan kambing besar tu survive. Belum kira input untuk reproduction.

Berdasarkan pengalaman aku, semua pejantan dan hampir kesemua induk high performing dalam ladang aku : adalah bersaiz sederhana dan dihasilkan daripada kambing bersaiz sederhana, kambing yang biasa biasa saiznya, kambing yang nampak jauh berbeza dengan kambing yang dipamerkan dalam pameran dan pertandingan.

Golongan kambing yang paling banyak mendatangkan keuntungan, dan memastikan aku terus survive sebagai pembiak kambing pedaging, adalah kambing yang bersaiz sederhana. Golongan kambing yang tiada rupa, tiada harapan untuk menang, tiada estetika, tiada 'pan asian look' tetapi golongan inilah yang memiliki kadar kelahiran paling pantas paling tinggi dan dalam masa yang sama paling rendah input.

Now, aku nak cerita pasal seorang kawan ternak aku yang obses masuk pertandingan dan pameran kambing. Demi mendapatkan nama, reputasi, dan pasaran. Kat mana ada show, kat situ kambing dia ada. Besar besar bagak bagak kambing yang dihantar masuk show. Dan dia selalu menang.

Maka aku pun pergi melawat ladang dia. Nak tengok usaha pembiakannya macam mana. Bagus ke tak bagus guna baka juara juara ni. Dan alangkah terkejutnya bila aku selidik punya selidik, rupa rupanya kadar kelahiran kambing dia jauh lebih rendah dari kadar kelahiran kambing aku. Manakala purata berat kambing yang dicapai masa umur 8 bulan adalah sama dengan ladang aku.

Ini macam kalu, apa guna bela baka besar besar. Apa guna keluarkan input yang tinggi tinggi hanya untuk dapatkan output yang sama malahan lebih teruk daripada low input?

Satu lagi aku perhatikan ialah ketidakcekapan usaha pembiakannya. Kandang toksah ceritalah, cantik bersih berkilat harum mewangi EM sana sini macam masuk perfume store tetapi kambing dia semua tag telinga berterabur. Dia bergantung kepada jpv sepenuhnya untuk pasang tag telinga kambing dia dan membuat rawatan termasuk pemberian ubat cacing. Rekod ladang? Takde.

Ini menggambarkan betapa rendahnya breeding skill dia. Terlalu bergantung harap kepada pihak lain. Kambing bukan banyak mana pun, lagi sikit dari kambing aku. So aku jangka puak puak yang selalu dok menang pertandingan kambing ni patutnya ada considerable breeding skill, nisbah induk - anak cemerlang, malangnya yang aku lihat kebanyakan show winner bukanlah pembiak tulen.

Nak pasang tag telinga pun kena panggil jpv? Berterabur pulak tu nombor tag telinganya. Nak buat deworming pun panggil jpv? kan dah empat tahun bela kambing, takkan tak lepas lepas bagi ubat cacing?

That is what I call Stone Age breeding skill- unbelievably Flintstone. Lemah tak bermaya aku jadinya bila tengok ada penternak yang tak mampu berdiri atas kaki sendiri, terlalu bergantung kepada jpv. Aku macam tak percaya wujud lagi golongan penternak prehistoric ni. Pemenang pertandingan kambing pula tu. Nama gah bukan main, dah merata rata menang.

Tak patut tak patut. Kepada semua pembiak kambing muda muda, kita kena jadi knowledge driven breeder, kita kena jadi independent, kita akan tinggalkan amalan prasejarah ni. Jangan tunggu belas ihsan pihak lain, nasib kambing kita di tangan kita, kita buat sendiri apa yang sepatutnya seorang pembiak buat.

Kepada mana mana investor yang melabur dalam skim pawah kambing, sekiranya ladang tersebut tidak memasang tag telinga pada kambing, atau tag telinga yang dipasang berterabur takde sistem, atau tag telinga yang dipasang adalah kecil susah nak baca - GET OUT! Protect your money. We are definitely going to lose the money for they do not have any breeding skill whatsoever. They really don't have.

Walau pun kambing kambing yang digunakan adalah juara juara, besar besar saiznya, ternganga nganga kita tengok, mulut kita non stop dok oohh aahh, dan harga kambing mak datuk tahap kapal angkasa USS Enterprise.

Now itu satu cerita. Cerita lain ialah dah banyak sebenarnya rakan ternak aku yang cakap betapa peritnya bela kambing besar besar ni. Pejantan besar induk pun kena besar. Kalau pejantan besar induk kecik molek, patah riuk pinggang betina. Kalau pejantan kecik induk besar, tak boleh panjat pula si pejantan. Dah tak jadi mating.

Susah oo nak dapatkan keturunan yang besar besar ni. 'Kewarisan' tu payah. Percentage yang menjadi kecik sangat. Tapi bila menjadi, memang syok kita tengok, kadar kenaikan beratnya memang mengkagumkan. Masalahnya itulah, payah nak menjadi. Banyak keturunan yang besar besar ni duduk dalam 'straw' untuk AI je, tak jelma jelma menjadi anak. Jenuh weh!

Bab beranak pula dah jadi suatu hal yang sangat memeningkan. Sah kena jadi bidan. Bila saiz janin besar sangat memang bahayalah jadinya saat kelahiran. Anak payah nak keluar, boleh lemas. Maknya pula boleh mati juga, rahim boleh terkeluar. Dan aku percaya masanya akan tiba, sekiranya kita berterusan percaya big is always better - kita kena ambil seorang pakar bedah kerja dengan kita. Surgeon khas untuk buat pembedahan caesarean. Dah tak boleh beranak lagi cara natural.

Peh! Ini buat ladang kambing ke, hospital pakar bersalin ni?

Kalau tuan puan tak percaya cakap aku ni, tuan puan simpan rekod baik baik. Buat parity record, buat kidding rate record setiap ekor induk, buat profit record untuk setiap induk, dan tuan puan perhatikan betul betul group mana yang paling menguntungkan.

Kumpulan induk saiz mana yang paling rendah inputnya dan dalam masa yang sama paling cepat pembiakannya, paling menguntungkan? Berdasarkan rekod aku - kumpulan saiz sederhana.

Bagi aku seorang pembiak kambing pedaging :

Kambing saiz besar ---> Show, and show off they did. Splendidly. But in real production world, they are pretty much useless, requiring unbelievably high input.

Kambing saiz sederhana ---> The game. The Real Game. The uncelebrated true workhorse and profit generator for a meat goat breeding operation. They are.... the absolute … best!!!

12 comments:

  1. the true breeder has spoken. at dusk, we shall rise!

    bukan flinstone dah tu, manja sangat. kambing manja, tuan pun manja.

    target saya kambing muda. so, saya nak buat sistem rotational/terminal crossbreeding.

    untuk rotational, base saya adalah induk kampung, cross dengan dairy breed yang available. nak dapat anglo susah, saanen dulu la kot. untuk apa? untuk sediakan induk betina bagi terminal crossing. induk betina dari rotational ni, ada advantage susu lebih. dan akan memaksimumkan output terminal.

    terminal saya akan akan ambil boer jadi terminal saya. nak dapatkan advantage growth rate dia, plus dengan susu extra dari induk rotational, my expectation is, the kids will wean heavier. thus, can achieve my target to market young goat. sebab tu saya kata saya nak buat Projek Kambing Muda. semua anak terminal akan dipasarkan, jantan ke betina ke, untuk sembelihan. kalo nak fokus biak anak-anak terminal ni, kebarangkalian hasil dia akan drop tu agak tinggi, so, pasarkan je. sembelih. buat kambing muda golek. marvelous!

    saya memilih base saya kambing kampung untuk kurangkan kos ubat & vaksin. ada la resistance & resilience. dan kawan2 saya yang baru nak mula pun, saya cadangkan mula dengan kambing kampung. tak perlu bersusah payah pikir pasal ubat cacing ke apa ke, at least dapat kurangkan beban starting. ni tak, orang yang tutt!!! suruh beli ni beli tu. masak la. memang patah semangat la orang baru macam tu gaya.

    bila kawan tanya macam mana nak mula, susah ke tak, saya kata senang je. tanya ada kawasan ke tak, berapa bajet modal. kalo ada kawasan, bagus. kalo takda pun tak jadi masalah, tepi rumah pun boleh untuk starting. modal? kalo ada 1k, saya suh beli 3 ekor induk betina kampung yang bunting, lebih buat kandang sendiri. bagi tanggapan positif pada dia. bila tanya pasal penyakit, saya jawab sebab tu mula dengan kambing kampung, beban nak pikir penyakit tu boleh dikurangkan. elok jaga, sihat la dia.

    apa pun, saya suka yang besar tapi bukan gedabak besar, saya suka kampung tapi bukan kemetot sangat macam original. jalan saya tengah2, tapi banyak exit. hahaha. en vali tani vali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don, ko ni comment ke, atau buat blog dalam blog ni? Hahaha

      Delete
    2. hahaha.. saya banyak sangat subjek nak tulis, sampai jadi malas nak tulis dalam blog sendiri. hahaha.

      Delete
  2. Salam en alwi. Dah agak lama saya jadi silent reader kat blog ni.maka hari jumaat yang mulia ini tergerak utk bagi bertanya soalan.

    Anak kambing saya umur 3 bulan 14 hari.kena puru pada usia 1 bulan 12 hari.sampai ke hari ni masih tak hilang purunya.letsk iodine.kupas sampai berdarah. Cucuk anti mioline.cuma belum kerat keher je lagi. Minta pandangan yg arif.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba sapu minyak masak yang dah guna untuk goreng. saya guna, 3 hari, puru luruh.

      Delete
    2. Kalau puru bunga (puru kat bahagian genital) - mungkin semelih lebih baik.

      tapi kalau body condition masih ok, suntik hematofos. ada kemungkinan boleh pulih.

      Delete
  3. InsyaAllah akan mulakan blog juga nanti. Dulu menukis juga di boogspot circa 2003-2006.zaman muda remaja.venting out the pent up emotions. Teen angst.

    Mungkin lepas ni boleh muls blog pasal kambibg.btw.saya punya herd size dlm 70 ekor.99% katjang.99% sebab ada yg says tak sure asal usul.kambing sourced from various districts in kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. katjang 99%? nanti buat blog, kasi update gambo. kot saya berkenan, bleh p merisik.

      Delete
    2. 70 ekor besar juga tu. Dipersilakan menjadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia. Dipersilakan juga membuat blog. Tak sabar nak baca ni.

      Delete
  4. Salam adik Alwi, kak suka sangat baca blog ni, kak pembiak kambing juga tapi baru 2tahun , nak tulis banyak pon kak tak banyak pengetahuan sgt.Tapi Masa mula dulu memang teruja...mula2 dulu buat intensif...banyak le masaalah, mati pon banyak. Bila masuk dlm fb group pembiak kambing (terima kasih pd pengurusnye) kak dpt jumpa blog nie. Alhamdulillah, banyak betulnye. Macam adik kata baka besar2 memang tak guna, kak ada seekor, manja,malas dan tak fit bila gi gembala, baka cross juga tahan. Alhamdulillah kak dah 3 bulan mengembala..masaalah kurang dan kambing makin sihat termasuk tuannye sekali. Alhamdulillah dan terima kasih, jgn jemu menulis dan curahkan ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih puan hello goat enterprise. cute name for a goat business. saya pasti puan bertambah sihat dan fit apabila mengembala kambing. dipersilakan puan menjadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia.

      I think i have lost your phone number. May I request another one?

      Delete