Sunday, March 31, 2013

TAKZIAH KEPADA DINO AGRO FARM

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Dino Agro Farm di Dengkil, Selangor di atas pemergian mengejut saudara Shahrul Azhan Samsuddin. 

Buat pengetahuan pembaca sekalian, allahyarham Shahrul Azhan Shamsudin adalah abang kepada Saiful Imran Samsuddin, dan mereka berdua hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pembiak Kambing Malaysia yang baru sahaja berlangsung pada 30hb Mac 2013. 

Saya sendiri amat terkejut dengan berita ini kerana saya baru sahaja mengunjungi ladang mereka semalam (31hb) pada sebelah petang. Allahyarham nampak sihat, cergas dan ceria. Berusia 33 tahun dan memiliki sepasang cahaya mata. 

Allayarham Shahrul Azhan Samsuddin di belakang sekali. Bercermin mata dan memakai baju putih. Duduk antara Chandran dan Tn Hj Zeid Ismail. 

Sekali lagi ucapan takziah kepada ahli keluarga Dino Agro Farm di atas pemergian sangat mengejut allahyarham Shahrul Azhan. Marilah kita bersama sama membacakan Al Fatihah dan mendoakan kesejahteraan roh beliau. Semoga  dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama golongan soleh.

Al Fatihah..




3 comments:

  1. Takziah di ucapkn kpd kluarga sdr.Shahrul Azhan..smoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang yang soleh..Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)..

    rasanye saya tak sempat nak kenal sebab allahyarham ngan adik dia balik awal lepas Datuk Zainal habis bercakap..tak sempat makan kot sebab saya nampak dua orang meninggalkan majlis awal?

    ReplyDelete
  3. Semoga arwah di tempat di kalangan orang yang beriman. Amin.

    Arwah satu angkatan dengan saya semasa ROTU di USM. Baru 2 minggu dapat kontek dan tahu dia ternak kambing.

    Ajal maut di tangan Allah, dia sudah mendapat panggilan Illahi, kita pula belum pasti bila lagi.

    Adakah kita sudah bersedia...mati nasihat terbaik utk kita yang masih hidup.

    ReplyDelete