Tuesday, January 29, 2013

KITA PASTI DIUJI


Dalam bab production kambing, atau pembiakan kambing, di mana aku tengok banyak yang gagal, sebenarnya jalan paling pasti nak berjaya ialah dengan mengikut sunnah para nabi sebagai gembala kambing. Barulah kita dapat membebaskan diri kita daripada kepalsuan yang melilit dan mendakap kita sekuat kuatnya. Baru kita dapat bergerak ke hadapan.

Tetapi sebelum mengecap kejayaan, kita pasti diuji. Tuhan dah kata "Apakah mereka fikir mereka beriman sedangkan mereka belum diuji?". Maka kita kenalah mengetahui hakikat yang kita akan diuji, keyakinan kita akan digoncang sekuat kuatnya bilamana kita mengatakan kita beriman kepada Tuhan dan RasulNya.

Masing masing akan lain lain ujiannya. Ada yang diuji kekurangan harta, kekurangan jiwa, kekurangan sokongan, kekurangan kesihatan - pendek kata pasti dan pasti kita akan diuji, dan ujian akan datang dalam pelbagai bentuk.

Manakala untuk bab marketing atau pemasaran kambing, tip terbaik aku boleh bagi ialah istiqamah dalam bersedekah. Satu tip ni sahaja dah lebih baik dari rangkuman semua teknik teknik pemasaran yang kita belajar kat sekolah dan universiti. Jangan tunggu tunggu, buat sekarang. Lebih baik istiqamah sedekah sebelum buat bisnes lagi. Tinggi sikit chance bisnes kita nak berjaya bila konsisten dalam bab bersedekah ni.

Satu lagi yang aku nak sentuh ialah individual overambition made public. Ambitious takpe, cita cita angan angan tinggi melangit takpe hatta nampak tak logik sekalipun, tapi lebih baik jangan beritahu orang. Keep it to ourselves. Sebabnya aku selalu perhatikan personal overambition made public usually falls flat. Ujian yang datang akan bertimpa timpa berderet deret.

Kalau collective overambition - contoh untuk industri atau masyarakat, dan kita kecoh kecoh satu dunia tahu - takpe lagi. Yang macam ni susah sikit nak jatuh berdebuk, pasalnya tujuan kita untuk kepentingan dan kebaikan ramai. So takpe, bagi collective overambition, boleh bising kuat kuat.

Ok balik kepada consistency dalam bersedekah. Kita juga akan diuji bab ini. Tuhan memang guarantee dia akan tambah dan tambah rezeki bila kita bersedekah pada jalanNya, tapi ada masanya dia akan menguji setakat mana utuhnya kepercayaan kita kepadaNya. Sepertimana yang terjadi kat aku.

Adapun pada suatu hari jumaat yang indah beberapa tahun yang sudah, aku pergilah masjid nak solat Jumaat. Biasanya aku akan buat certain amount of contribution kepada mana mana masjid yang aku pergi Jumaat. Tapi nak dibuat cerita, hari jumaat tersebut memang aku tengah sengkek betul. Sengkek sesengkek sengkeknya.

Aku bukak beg duit aku,"alamak, kalau aku bersedekah ni, habih aku tinggal seposen je. Macam mana pula anak bini aku nak makan besok ni? Nak sedekah ke tak ni?"

Begitulah hati dan perasaan aku ketika itu. Berperang antara yakin dengan tak yakin. Berpuluh puluh kali fikir. Langsung aku tak tahu hujung pangkal khutbah, tak dengar apakebende khatib dok cerita. Huh, memang tak khusyuk.

Tapi last last aku sedekah juga. Aku tak tahulah nak kata ikhlas ke tidak, pasal banyak sangat fikir balik sana balik sini. Tuan tuan pun suka hatilah nak kata aku ikhlas atau tak ikhlas. Yang penting aku bagi juga.

Dan bila balik rumah, memang saspen. Dalam hati, malam ni janganlah bini tanya nak makan apa besok. Duit takdak nak beli lauk ni. Aku tidur pun tak lena, risau semacam.

Tetapi awal pagi berikutnya, pagi pagi betul, aku dapat satu panggilan telepon dari seseorang. Katanya dia nak beli kambing aku hari tu juga. Bukan sekor dua, tapi belas belas ekor nak buat bela. Total amount lebih rm9,000. Out of the blue.

Oklah tu kan? Aku sedekah sikit je, itupun berpuluh puluh kali fikir, tapi bila Tuhan bagi, Dia bagi berdebuk. Senang senang je. Dan mungkin ada antara tuan pembaca sekalian yang kata rm9,000 tu sikit je, apa nak heran. Tetapi aku memang betul betul sengkek masa tu, dan jumlah rm9,000 tu memang aku bersyukur sangatlah.

Peristiwa itu telah 'rejuvenate', atau 'recharge' atau menyegarkan iman aku. Meyakinkan aku untuk terus konsisten dalam bersedekah.

Tuhan sememangnya akan menguji kita, pasti dan pasti. Iman dan keyakinan yang kita sangka selama ini ampuh rupanya mudah sangat bergoyang, tetapi ketahuilah ujian tersebut hanya sementara.

Ujian kepada para daei, alim ulama, dan para nabi adalah lebih besar, lebih lama dan jauh lebih dahsyat berbanding ujian yang Tuhan kenakan kepada kita.

Kita baru tahap lesen L je, diorang punya test lesen, fuh! tahap kapal terbang kapal selam kapal angkasa ke bulan!

Oklah tuan tuan, salam hormat!










4 comments:

  1. Boleh bagi contoh personal overambitious tu tak? kurang jelas

    ReplyDelete
  2. "bagaimana kamu kata telah beriman, sedangkan kamu belum diuji".. bila ujian datang (panggilan untuk berperang), golongan munafik ini mencari 1001 alasan utk mengelak.

    It is good advise.

    Tq. Keep it up Bro Alwi. Good job!

    ReplyDelete
  3. Maybe personal ambitious tu maksud Prof Alwi...citer gegar2 tp usaha xde kemana last2 lingkup...agaknyala kot..

    ReplyDelete
  4. ni aku setuju 100% tuan...rezeki tu Allah yang bagi..

    ReplyDelete