Monday, January 7, 2013

I GO BOOM BOOM AND COLLAPSE!


Aku belum tutup buku 2012. Belum audit sepenuhnya. Tapi ada pengajaran yang boleh dijadikan renungan bersama. Baiklah, untuk tahun 2012 aku mendapat 315 kelahiran atau anak kambing. Lebih sikitlah dari 2011 di mana aku dapat 238 ekor anak kambing. Jadi potential income lebih besarlah untuk 2012.

Malangnya bagi 2012 aku boom dan collapse. Dalam tahun yang sama. Aneh. Mortaliti atau kadar kematian kambing aku untuk 2012 ialah 34% (unaudited). Separuh pertama 2012 adalah dimana sebahagian besar kematian ni berlaku. Disebabkan infra kandang aku tak cukup.

Petak beranak tak cukup baanyaakk.. adehhh..

Adalah dinasihatkan tuan tuan pembiak kambing kacukan kampung sekalian, kita peruntukkan petak beranak pada 1/3 jumlah induk. Maknanya kalau ada 90 induk buat 30 petak beranak seafdalnya. Lebih petak beranak pun takpa, pasalnya banyak fadilat petak beranak ni. Segregation really is very important in determining kids survivability.

Dan aku cuma ada 24 petak beranak untuk menerima 226 anak kambing. Way too much under capacity. Oktober 2012 baru aku dapat kapasiti 48 petak beranak, dan menerima kehadiran anak kambing selanjutnya.

Itu cerita petak beranak. Satu lagi sebab ialah aku buat selective deworming without adequate observation. Bila buat selective deworming, kadar kematian memang akan meningkat kalau tak observe betul betul. Dan aku memang tak cukup observe. Banyak sangat kambing yang aku terlepas pandang, especially budak budak kambing yang sedang membesar. So jadikan pengajaran.

Berdasarkan kadar kematian yang agak tinggi, sepatutnya income aku biasa biasa je untuk 2012 (tak rugi ye) Mmmm.... tidak. In fact 2012 adalah tahun di mana revenue dan income aku paling tinggi. Improvement sebanyak 233% berbanding 2011.

Yeah kidding rate yang tinggi salah satu faktor yang menyelamatkan usaha pembiakan aku. Kalau kidding rate rendah, mortaliti pula tinggi memang aku dah habih tergolek. Total collapse.

Dan aku juga perasan satu benda atau pattern. Berdasarkan rekod aliran tunai keluar masuk aku, 2012 adalah tahun di mana aku paling konsisten dalam bersedekah. Dan paling banyak. Maka benarlah janji Tuhan. Dia memang guarantee kalau kita bersedekah, nescaya dia tambah. Tambah dan tambah.

Lagi banyak kita bagi, lagi banyak Dia tambah. Dan boleh jadi dari sumber yang tidak disangka sangka. Sampai sekarang aku garu kepala, patutnya income normal je untuk 2012, pasalnya mortaliti anak kambing aku agak tinggi, hasil dari kurangnya kapasiti infra, tapi macam mana pula boleh terlebih lebih?

Sahih dah - sedekah adalah investment terbaik yang kita boleh buat. Pedulikan stock market, emas atau ntah apa apa jenis pelaburan ciptaan manusia yang wujud. Baik kita bersedekah, dan konsisten.

Give, give and keep giving.

Return is guaranteed.

By God Himself.

Salam!

5 comments:

  1. Replies
    1. Kambing ni emas yang membesar, gold that grows, provided we know the how.

      Delete
    2. Ilmu, amal dan niat yang betul.

      Kurang satu usaha tak jadi.

      Delete
  2. assalamualaikum prof..

    bang bang boom..mortality den pun skitar 30% utk 2012,den amik risiko bt selective deworming pd awal pntrnakan prof,sbb nak develop genetik resistance dri awal lg.boleh ka prof.hehe..brkenaan profit 2012 tu ada kmungkinan x dsbabkn knaikan hrga jualan kmbg dri rm18 ke rm20 per kilo dan nisbah jntan melebihi betina?den mnunggu rekod kndang prof utk 2012..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat selective deworm dari awal, tapi kena bersabarlah dengan loss of potential profit.

      Pasture based system in the tropics usually have mortality rate at 20% to 30%. Could be lowered of course, with a bit higher input. But since local blood has very high kidding rate, it can offset the mortality. We are still very much profitable. Don't worry too much on that.

      yes, part of the reason my profit higher - harga jualan kambing naik. Can be significant bila ratusan ekor dijual.

      Delete