Saturday, December 1, 2012

THE BOAST


Cerita jamna sikit. Penternak kambing yang baru berjinak dengan jamnapari. Sebahagiannya. Bukan semua. Pasal aku kerap jumpa diorang ni eksen dengan jamna diorang ni. Samada bila datang kandang aku, atau aku pergi kandang diorang, atau bila aku telepon diorang.

Penternak baru je yang selalu macam ni. Berdegar degar cakap. Jamnapari besarlah panjang 10 kaki, telinga maha panjanglah jadi nampak kiut sangat, tak pun tetek besar cecah lantai kandang, atau leher berlipat lipat. Bela jamna tulen sebagai pedaging adalah lebih baik dari baka cross atau kampung. Menurut kepercayaan dioranglah yang taksub dengan jamna ni.

Baru baru ni ada seorang penternak baru taksub jamna datang kandang aku. Sibuklah cerita jamna dia panjang 10 kaki, jauh lebih besar dari kambing paling besar yang aku ada. (Aku consider mereka yang bawah 4 tahun pengalaman sebagai penternak baru, dan level aku adalah pembiak intermediate, bukannya season atau veteran).

Tapi dalam dok sibuk eksen ngan jamna, beli juga kambing cross untuk pedaging. Pasalnya dia mengaku jamna ni slow membiak. Lambat sangat tunggu hasil. Input tinggi pula tu. Jadi kurang sesuai jual jamna sebagai pedaging. Jual market baka boleh la. Atau nak buat pedaging, harga kena mahal. Mahal betul.

So nak terus survive sebagai penternak kambing pedaging, last last bergantung kepada darah sendiri juga. Main juga kambing kampung. Exotic jadi domestic. See?

I don't give a damn kalau sang jamna sepanjang 10 kaki.
I don't give a damn kalau sang jamna sepanjang brontosaurus.
I don't even give a damn kalau sang jamna sepanjang kapal layar roman abramovich.

Biarlah panjang macam mana sekali pun kambing jamna ni, aku tak heran. Pasalnya basic principle biology macam ni. Semua cacing dalam badan hidup dalam perumah yang bertulang belakang. Dan lagi panjang tulang belakang, lagi attractive perumah tu sebagai tempat sesuai bagi cacing membiak.

Maknanya lagi panjang badan ruminan kita, lagilah susceptible terhadap serangan cacing. Observe betul betul semua ruminan liar dan keturunannya. Badan panjang panjang ni tak menjadi pilihan dalam natural selection.

Lagi satu perasan tak kambing yang kecacingan serius ni mengerekot badannya? Mengerekot ni selain mengurangkan heat loss, posisi ni juga memendekkan tulang belakang. Posisi ini membantu memberi signal kepada cacing dalam badan yang perumah makin mengecil, makin berkurang sumber. Jadi lebih baik keluar dari badan perumah. Well, tak semua cacing yang keluar, tapi ini adalah salah satu adaptasi fizikal terhadap tahap serangan cacing.

Ok itu satu. Kemudiannya badan yang besar besar ni banyak resource kita habiskan untuk maintain basic body function sebelum jadi weight gain. Maintain body temperature je dah berapa banyak tenaga? Lagi besar badan lagi banyak tenaga guna. Lagi banyak kena makan. Higher energy cost per unit of weight gain berbanding binatang bersaiz lebih kecil. That partly explain why small size animal have much faster breeding rate. It is easier to breed, since energy allocated to other body function can be easily met.

Masuk pula cerita tetek jatuh ke lantai, kononnya susu banyak sangat. Memang nampak impressive, tapi bila jadi lagu tu, kita sebagai penternak habih banyak masa nak pastikan anak jamna baru lahir survive. Sebabnya puting mencecah lantai macam mana pula budak baru lahir tu nak hisap susu. Confuse dia bila mencari puting maknya sebagaimana confusenya Fernando Torres menjaringkan bola hatta di depan pintu gol. Mau seminggu dua minggu kita kena pastikan budak tu dapat hisap susu maknya. Penat ooo... tak pasal pasal high input.

Then cerita pula pasal centre of gravity. Semua baka kambing pedaging tulen semuanya rendah badan, rendah titik gravitinya. Jadi lebih banyak daging boleh disimpan pada rangka. Sebab tu semua baka pedaging rendah rendah pendek pendek.

Ok. Telinga panjang panjang. Ada satu observation menarik daripada Darwin (Charles Darwin adalah naturalist yang sangat hebat melainkan teori evolusinya yang aku tak setuju langsung) dan satu eksperimen puluhan tahun Belyaev berkenaan sifat telinga panjang ni. Tapi aku tak boleh cerita sekarang pasal makan satu bab lagi. Nanti dulu. Ada masa aku cerita.

So bagi aku jamnapari ni kalau nak buat pedaging, elok cross kan aje. Dengan local blood. Baru berbaloi. Guna full blood buat pedaging mau tertonggeng kita dibuatnya melainkan kita ada resource yang mencukupi dan bersedia buat very high input.

Dan bagi penternak baru, stop boasting pasal kambing eksotik yang anda miliki. Especially depan aku. Melainkan kalau ada rekod ternakan yang lengkap. Tapi tu lah tiap tiap tahun aku akan jumpa golongan macam ni hahaha. Tak boleh buat apalah. Gedebak gedebuk cakap last last exit the business.. tak tahan dengan input..

So be careful tuan tuan.. jangan pandang rendah pada darah tempatan.. don't look down upon the blood that course our veins, that has nourished us for centuries, that has enable our very existence on this beautiful land..

Kita adalah anak anak, lelaki dan perempuan,

Tanah ini..

Salam.

1 comment:

  1. aiseh prof.. sekali jamnapari la plak. saya memang tak suka kambing yang ada ciri2 sama macam jamnapari. telinga panjang, badan panjang. tetek melayut sampai bawah, HODOH. kalo melayut tak jejak takpa lagi, kalo dah jejak, macam mana dengan hygiene tetek tu? saya pun tak heran bila orang cite pasal jamnapari sebab saya memang tak suka. telinga klepet2 macam tu, rasa nak tarik je. haha. pape pun, local blood is the best! kandang dah besor nanti, saya nak buat iklan kat kampung2 yang dalam2, cari kambing kampung yang hardcore. saya ada tengok diorang boleh bersantap dalam hujan, hebat. siapa bilang kambing katjang tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat...

    ReplyDelete