Friday, December 7, 2012

AKU MENANGIS..


Aku menangis.

Aku menangis bila mendapat tahu Briged Qassam Palestin dibarisi anak muda palestin yang cintakan Allah. Anak muda yang perkasa imannya, yang gagah berjihad melawan nafsu diri sebelum keluar berjihad menentang israel durjana, yang senantiasa solat fardu berjemaah, yang istiqamah dalam solat tahajud di tengah malam dingin, yang kerap berpuasa sunat, yang hafaz alquran dan hadis, yang menjadikan Rasul Allah dan sahabat sebagai ikon agung.

Barisan pemuda luar biasa spiritualnya, suatu pemandangan yang paling mengkagumkan dalam alam semesta, dan menggetarkan jiwa serta menakutkan musuh musuh agama kita. Barisan yang tidak akan terkalah sebagaimana yang telah dijanjikan Tuhan yang Maha Benar.

Walaupun kelengkapan mereka daif, walau pun mereka bukan tentera profesional, walau pun mereka tidak mendapat gaji dan ganjaran wang, walau pun mereka tidak mendapat bantuan dari saudara seugama yang hanya tahu menghamburkan janji janji manis.

Aku juga menangis bila mendapat tahu bagaimana peribadi dan persiapan Muhammad AlFatih, sultan empayar usmaniyah yang berjaya menundukkan kota Constantinople, kubu besar kristian yang tidak pernah ditembusi ratusan tahun.

Aku juga menangis bila mendengar sejarah peribadi dan pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan kebenaran.

Aku menangis kerana aku lambat mengetahui jalan lurus mereka ini. Aku tidak diajar sifat sifat dan kehebatan orang Islam yang sebenarnya baik di sekolah rendah dan menengah mahu pun di universiti. Sejarah Islam yang aku tahu hanyalah sepintas lalu. Dan ianya jelas tidak cukup. Kurikulum Islam yang diajar kepada kita tak cukup membangkitkan semangat kita untuk menelusuri sejarah hebat yang tersembunyi pada tokoh tokoh sejati agama kita.

Kalaulah alim ulama itu pewaris Nabi dan bara yang memastikan Islam tidak akan padam, maka barisan pemuda palestin perkasa iman inilah nyalaan obor yang terang benderang. Mereka inilah yang menegakkan dan menjulang panji panji Islam. Cahaya iman mereka bukan sahaja menerobos seluruh penjuru bumi tetapi menerobos seluruh langit tujuh lapisan.

Tuan tuan yang mulia,

Mereka ini bukan lagi gentar dan takut dengan neraka di akhirat, malah mereka bukan mengejar syurga di akhirat. Tidak tidak tidak.

Mereka mahu berjumpa Tuhan mereka. Mereka mahu roh mereka bersatu dengan Tuhan. Mereka mahu nikmat melihat wajah dan zat Tuhan yang selama hidup ini disuruh beriman kepadanya. Ya inilah nikmat terbesar bagi sebarang makhluk, jauh melebihi nikmat merasai hidup di syurga akhirat hatta 70,000 tingkat sekali pun.

Inilah cinta. Cinta yang sebenar benarnya. Tiada lagi ketakutan dalam roh mereka, yang ada ialah cinta kepada Tuhan. Inilah iman peringkat tertinggi, iman para utusan Allah. Mereka bukan mahukan syurga, tetapi mahukan Tuhan mereka.

Dan sekarang aku tahu kenapa mukmin sejati mahu syahid. Mereka gembira meninggalkan dunia ini, mereka gembira dapat berbaris bersama para nabi, para sahabat, para syuhada dan para mukmin. Bersama sama mendapat nikmat teragung, melihat zat Tuhan yang Maha Esa.

Jalan mereka jalan yang lurus. Malaikat mengiringi mereka, menghulurkan bantuan ketika mereka berperang, memberikan mereka kemenangan yang tidak disangka sangka. Dan saat mereka gugur syahid, Allah membelai roh mereka, mengusap berkata kata " Marilah kepadaKu, kembalilah kepadaKu, bersamalah kamu denganKu".

Ya Allah ya Allah ya Allah besarnya nikmatmu kepada mereka.

Dan aku menangis kerana aku malu dengan tahap imanku. Betapa jahilnya aku, betapa nipis dan goyangnya iman aku, betapa jauh bezanya aku dengan barisan anak muda palestin yang perkasa imannya.

Aku malu tuan tuan, aku sangat malu.

Janganlah mencontohi diriku, baik aku mahu pun usaha kambing aku..

Aku sering lalai mengingati Tuhan..

Ya Allah ampunilah dosa dosaku yang sangat banyak..

3 comments:

  1. Apa yg anda lakukan juga satu jihad.

    Ingat, bila dipanggil berjihad, ada satu golongan yg tinggal utk menguruskan urusan umat yg lain.

    Jadi, buatlah yg terbaik dlm apa jua yg kita lakukan.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth,
    Bagi orang2 di Malaysia yang ada banyak masa, tenaga dan usaha, tanggungjawab kita adalah Menyumbang sebanyak mungkin. Sahabat2 besar Nabi Muhammad SAW ramai dari golongan pedagang/usahawan dan pengembala kambing.

    Mari menyumbang kepada palestin melalui NGO seperti AMAN PALESTIN

    MAYBANK - 5622630107815 AMAN PALESTIN

    Semoga dapat memberi sinar harapan pada orang islam disana. Satu petanda bahawa mereka tidak keseorangan dalam perang ini.

    Jika disana medan perang mereka dengan pelura dan bom, kita disini diduga dengan kemewahan dan serangan fikiran. Ramai yang hanyut dengan nafsu. Sama2 kita saling mengingati. Amin

    ReplyDelete