Wednesday, August 8, 2012

SAD


Saintis saintis yang mengkaji matahari mendapati cahaya yang terbebas bilamana berlakunya pelakuran nuklear (fusion) dalam perut matahari rupa rupanya terperangkap selama 100,000 tahun sebelum berjaya mencari jalan keluar ke permukaan matahari dan akhirnya dibebaskan ke seluruh alam. Dan cahaya matahari cuma mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi sebaik sahaja ia terbebas.

Maknanya cahaya yang menyentuh kulit kita sekarang telah berusia 100,000 tahun dan 8 minit. Cahaya purba, yang jauh lebih berusia berbanding sejarah manusia.

Cahaya yang membolehkan tumbuhan membuat makanan, menggunakan karbon dioksida dan membebaskan oksigen yang menyokong kehidupan. Dan oksigen membolehkan manusia hidup di bumi.

Sesungguhnya cahaya matahari membolehkan kehidupan wujud di bumi. No sun light, no life.

Ok. Ada sebuah kampung di Itali yang terletak di sebalik banjaran gunung. Oleh kerana kedudukannya yang terlindung dalam lembah dikelilingi gunung ganang, kampung ini pada masa masa tertentu tidak mendapat cahaya matahari selama 3 bulan. Maknanya bergelaplah 24 jam selama 3 bulan. Dan kampung itu sanggup memasang deretan cermin besar yang bernilai RM400,000 semata mata untuk memantulkan cahaya matahari ke arah kampung tersebut.

They have to. Otherwise they got depressed. Very depressed to the point of suicide for some villagers.

Elektrik ada. Lampu ada. Banyak dan terang benderang bagaikan siang.

Bagai.

Tetapi keterangan dan kemeriahan semua lampu elektrik itu masih tidak dapat menggantikan cahaya matahari yang bukan sahaja menerangkan, tetapi menghidupkan dan menggembirakan.

Terang, hidup, gembira.

Tuan tuan, kekurangan cahaya matahari mewujudkan suatu simptom penyakit yang digelar Seasonal Affective Disorder (SAD). Kemurungan atau depression yang disebabkan kurangnya badan terdedah kepada cahaya matahari. Kemurungan ini mampu mendorong manusia menjadi delusional dan membunuh diri. Tak boleh buat main main ni.

Dan SAD biasa terjadi pada manusia yang duduk dalam zon empat musim (temperate) apalagi zon artik (kutub). Especially masa winter lah. Didapati suicide rate meningkat semasa musim sejuk. Kalau duduk dalam zon tropics atau arid takde risiko penyakit ni melainkan 24 jam duduk dalam bangunan, terlindung sepenuhnya daripada cahaya matahari.

Barangkali ada kes bunuh diri kat malaysia ni puncanya disebabkan tak dapat cukup cahaya matahari. Or taking drugs or whatever that impairs or shutdown the body's sunlight absorption mechanism. Pakar pakar psikologi patut menyiasat kemungkinan ini. Yelah budak budak zaman sekarang suka duduk dalam rumah dan bangunan main games, playstation, ipad bla bla bla. Kurang sangat terdedah kepada cahaya matahari tak macam budak dulu dulu kat kampung.

Budak dulu keluar ramah panjat pokok, tangkap katak dan ikan, melastik burung. Paling cikai pun main kejar kejar polis pencuri atau main ting ting. Tapi dapatlah cahaya mataharikan? Jadi ada dapat unsur terang, hidup dan gembira. Jiwa lebih stabil. Budak kampung dulu lebih mantap jiwanya, tak mudah mengaku kalah atau surrender bila ditimpa masalah. Budak sekarang lain macam. Ganas, temperamental dan mudah surrender bila susah sikit.

Aku tak tahulah tuan tuan perasan ke tidak tapi itulah yang aku nampak.

Aku sendiri kalau satu hari duduk dalam rumah je rasa rimas, tak kena, depressed. Nak kena keluar jamah cahaya matahari juga. Itu baru satu hari, bukannya gelap sangat rumah, masuk gak cahaya matahari. Anak bini pun sama. Mood diorang lebih baik, improving considerably bila dapat jamah cahaya matahari.

Dan mungkin explanation dia macam ni. Maybe I am wrong, maybe not. Hipotesis aku. Kalau nak lebih yakin tuan tuan kena siasat jugalah.

Zon artik samada di kutub utara atau kutub selatan adalah mencabar bagi manusia dan kehidupan lain. Sejuk satu hal, tapi yang lebih tak tahan ialah musim sejuk yang berlangsung selama 6 bulan. Kalau kat kutub selatan, langsung tak nampak matahari selama 6 bulan. Total darkness. Manusia memang tak mampu hidup di situ. Saintis saintis yang buat penyelidikan di situ pun duduk masa musim panas je. Masa ada mentari je.

Tapi ada juga mamalia yang boleh hidup kat benua antartika (kutub selatan) ni. Rilek je dia hidup kat situ. Seronok betul. Penguin, ikan paus, anjing laut, singa laut, etc. Didapati hati atau liver diorang ni mempunyai concentration Vitamin A dan D yang sangat tinggi, mencecah multi million IU's. Kalau dibandingkan dengan kapasiti hati manusia, jauh berbeza ni. Bukan tahap overdose, tapi megadose.

Maknanya mamalia antartika ni mempunyai storan Vitamin A dan D untuk membantu mereka survive dalam persekitaran ekstrim ni. Bukan setakat survive tapi thriving, boleh membiak dan mereka gembira duduk situ. Dengan syarat cukup vitamin A dan D. Sumbernya ialah ikan ikan yang makan udang udang kecil yang makan plankton. Dan plankton ini meletus pembiakannya ketika musim panas, ketika ada cahaya matahari. Plankton inilah yang menyerap dan menyimpan vitamin A dan D yang terhasil ketika cahaya mentari menyinari permukaan laut.

Cahaya matahari membolehkan kehidupan berlangsung di benua antartika yang ekstrim. Dan vitamin A dan D memainkan peranan penting dalam memelihara fisiologi dan psikologi makhluk makhluk yang hidup dalam persekitaran sangat mencabar ni.

Maknanya vitamin A dan D ni instrumental dalam memelihara mental dan perasaan manusia. Dan aku tak diajar peranan vitamin ini masa kat sekolah. Yang diajar vitamin A ni untuk mata terang dan vitamin D untuk elak sakit tulang.

Dan vitamin A dan D mudah didapati. Biarkan badan dijamah cahaya mentari yang menyegarkan, menghidupkan dan menggembirakan.

Tapikan ada pula satu golongan manusia yang anti cahaya matahari. Golongan yang suka pakai sunscreen and sunblock. Sibuklah sapu lotion SPF (sun protection factor) 15, SPF 45 dan apa kejadah lagi ntah ke kulit diorang sebelum keluar rumah. Kononnya cahaya matahari boleh merosakkan kulit dan meninggikan risiko kanser kulit. 15 minit terdedah pun bahaya katanya. Takut sangat dengan cahaya matahari. Nak sangat kulit cantik putih mulus.

Bagi aku lah kan golongan macam ini adalah golongan yang menafikan nikmat Tuhan. Bukan takat tak bersyukur je, tapi menafikan. Macam tak suka je duduk kat bumi. Kalau takut sangat dengan cahaya matahari ni, jangan duduk kat bumi. Duduklah kat mana mana planet lain yang tak sampai cahaya matahari.

Kita patut eksport golongan sunscreen dan sunblock ni ke Kuiper Belt, lingkaran asteroid di penghujung solar system. Biar diorang duduk kat situ. Mengada ngada betul takut sangat cahaya matahari.

Baru diorang tahu.

Anyway, masuk cerita kambing pula. Kalau kambing bela sistem intensif, dia tak keluar kandang, duduk je dalam kandang. Jadi kurang dijamah cahaya matahari. Memang boleh jadi depression dan mengganggu prestasi pembiakan. Melainkan kandang direka sebaik mungkin yang membolehkan cahaya matahari sampai ke seluruh kandang.

Kalau macam tu, oklah. Kambing pun lagi happy, lagi produktif.

Ada kawan aku buat kandang besar besar tapi gelap. Dah la bawah sawit. Kelam dan muram aje kandang dia. Kena pasang lampu kalimantang siang siang tengahari baru boleh nampak. Kandang paling gelap pernah aku jumpa.

Dan usaha pembiakannya memang gagal. Setelah 3 tahun tinggal 15 ekor, walaupun masa dia start dulu lebih 100 ekor dia beli. Katanya nak lagi cepat besar, cepat banyak kambingnya dari aku. Capex dia jauh lebih besar dari aku dulu. Siap pagar cantik cantik 8 ekar. Memang ratus ribu punya capex.

Sekarang takde dah, malas nak membiak. Kandang luas luas muat 250 ekor tinggal 15 ekor.

So kepada pembiak baru hati hati. Always keep abreast with information, and from the right source. Dapatkan ilmu membiak dari pembiak tulen, barulah tinggi sikit chances nak berjaya.

Kambing sebagaimana manusia perlukan cahaya matahari bukan sahaja untuk memelihara fizikal tetapi juga emosinya. Badan dan perasaan yang stabil akan memudahkan usaha pembiakan mereka ni. In fact aku rasa ruminan macam kambing dan lembu perlukan cahaya matahari dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding keperluan manusia disebabkan sifat merayau mereka. Dalam habitat semulajadi mereka, memang mereka sangat terdedah kepada cahaya matahari.

Yaa kita sebenarnya sangat sangat perlukan cahaya matahari.

Menerangkan hidup kita, membuatkan kita rasa hidup dan bertenaga, serta menggembirakan kita. Membantu menghilangkan kemurungan dan kesedihan (sad) dan mengelakkan seasonal affective disorder (SAD).

Thanks O My Great Lord the Intelligent, for creating the sun!

Correction : Dalam post “ARB” sebelum ini, ARB sebenarnya adalah projek khas MardiTech. Oleh itu ianya bukanlah syarikat sendirian berhad atau pun berhad.

1 comment:

  1. SAD tu aka cabin fever. Siap ada filem dengan judul yang sama lagi tu.

    ReplyDelete