Monday, August 6, 2012

EGYPT : THE SHORT LESSON


Archeologists yang menggali kubur Firaun Firaun di Valley of the Kings sering terjumpa setempayan besar madu lebah di sebelah sarcophagus maharaja maharaja mesir ini. Kesemua madu lebah ini telah berusia lebih 3000 tahun. Anehnya madu ini masih boleh dimakan. Setelah dibuat ujian makmal, didapati tiada sebarang unsur bakteria atau virus yang bersarang dalam madu lebah itu, walaupun berusia ribuan tahun.

Madu lebah adalah satu satunya makanan dalam dunia yang tidak akan basi, tidak akan rosak, tidak akan ada expiry date, dan tidak memerlukan sebarang teknologi pengawetan atau penyejukan. Madu lebah bersifat antibakterial dan antivirus yang cukup kuat. Madu lebah juga adalah salah satu makanan dalam syurga selain daripada daging, susu dan buah buahan.

Maka madu lebah eloklah dijadikan suplemen kesihatan yang diambil hari hari. Akan tetapi aku sendiri ada masalah bila makan madu lebah hari hari. Badan jadi panas dan bibir pecah pecah. Allergic reaction kot. Satu lagi sebab aku beli madu lebah yang jual kat supermarket ni. So tak tahulah ori ke tidak. Mungkin makan yang cetak rompak punya jadi adalah undesirable side effect and special effects.

Ok. Egypt atau Mesir terletak dalam zon cuaca panas dan kering, atau arid macam australia dan south africa. Besar dan luas. Ada 84 juta penduduk. Dan 98% rakyatnya menghuni lembangan Sungai Nil yang merupakan 5% keluasan Mesir. Lagi 95% adalah padang pasir, wasteland. Tanpa Sungai Nil, Mesir adalah kawasan yang sangat tandus dan tiada peluang menjadi peradaban (civilization).

98% rakyat menghuni 5% kawasan? Maknanya 82 juta orang bersesak sesak, macam sardin dalam tin pula. Sayangnya, kawasan yang subur macam Sungai Nil ni patutnya dijadikan kawasan pertanian je, tak patut dijadikan penempatan.

Kalau australia pula penduduk sama macam Malaysia 30 juta orang je tapi luas mak aih. Memang patutlah kambing lembu lebih banyak. Kena pula panas dan kering, kurang sesuai untuk pertanian tapi cantiklah untuk penternakan. Sama macam Egypt.

The fact is, lembangan Sungai Nil adalah tanah paling subur dalam dunia. The most fertile flood plain in the planet. Hmm flood plain ni maknanya sering dilanda banjir secara bermusim. Dan banjir ini menyuburkan tanah dengan cara mengganti nutrien nutrien dan memberi peluang untuk tanah berehat. Secara berkala. Setiap tahun. So flood plain ni sesuai sangatlah untuk tanaman jangka pendek tetapi tak sesuai pula untuk tanaman jangka panjang.

Unfortunately, lembangan sungai Nil hanyalah 5% kawasan Mesir. 95% adalah desert and wasteland. Tak sesuai untuk pertanian tetapi sesuai sangat untuk penternakan.

Didapati kambing kambing di kawasan desert and wasteland ni memiliki saiz yang lebih besar dan mortaliti lebih rendah berbanding saudaranya yang diternak di kawasan lembangan Sungai Nil. Sebabnya parasit banyak sangat di kawasan subur tetapi parasit kurang di kawasan tandus (panas dan kering).

Walau pun rumput rumput nampak subur, gemuk, tebal menghijau di kawasan lembangan Sungai Nil tetapi konsentrasi parasit yang terlalu tinggi menyukarkan usaha pembiakan kambing (atau ruminan lain). Berbeza pula dengan kawasan padang pasir. Rumput nampak kurang tetapi parasit pun rendah konsentrasinya. Senang pula usaha membiakkan kambing di sini.

Lesson : Kita di Malaysia yang tropika ni (panas dan lembap) memang kena beratkan usaha pengawalan parasit di kalangan ruminan kita. Memanglah rumput banyak subur menghijau jadi tak perlu risau makanan tetapi parasit ni pula yang menjadi bebanan utama kepada pembiak pembiak di Malaysia.

So aku propose budget research untuk parasite control ditingkatkan (atau lebih baik dilipat gandakan). Penting ni pasal parasite problem ni memang unik kat negara negara tropika tak macam negara negara panas dan kering. Kita kena ikut jalan lain sikit daripada diorang ni.

Tapi tulah Malaysia kita ni kan, kurang kesedaran memburu ilmu, tak berapa nak menyelidik. Cuba bayangkan, cuma 0.2% aje peruntukan utk research daripada GDP Malaysia ni. Amerika pula membelanjakan 2% GDP untuk research. Pasal tu jauh sangat jurang teknologi. Semua negara maju sanggup belanja tinggi untuk research.

Kali ni China yang berhasrat mengejar dan meninggalkan Amerika giat menambahkan usaha penyelidikan. Belanjawan researchnya lebih 3% GDP. Jadi langkah China untuk mengejar status negara maju semakin pantas. Kita? Habis kat pilihanraya kot? 10% GDP apa?

Anyway cerita pasal Egypt belum habis lagi.

Egypt sebelum Arab Spring ni sebenarnya makin mundur dan mundur di bawah pemerintahan diktator. Dictatorship ni salah satu sistem perintah yang tinggi corruption levelnya. Bila rasuah berleluasa, semua polisi negara tak berjalan sempurna, tak sampai target. Yelah peruntukan tak sampai ke tangan yang sepatutnya, gagallah semua program pembangunan.

Termasuklah polisi pembangunan pertanian Egypt. 

Realitinya Egypt adalah pengimport gandum terbesar dunia. The world's biggest grain importer. Dan pembekal utamanya adalah United States of America. US membekalkan gandum sebanyak 3 juta tan pada 2010. 3,000,000 tan. Banyaknya. Masalahnya Egypt takde duit nak bayar. Terpaksa bergantung kepada US untuk menukarkan pembelian sebagai bantuan (aid), dengan kebenaran US Congress. Dan US Congress dipenuhi pengaruh Zionis. Dan 500,000 tentera Egypt bergantung kepada persenjataan, spare part, kepakaran dan bantuan Amerika.

Maka Egypt di bawah Hosni Mubarak adalah boneka yang tunduk sepenuhnya kepada kemahuan Amerika dan Zionis. Maunya idak, kalau melawan, tak dapatlah makan roti gandum. Kelaparanlah dia, konconya dan sekalian rakyatnya. Bila rakyat lapar, berlakulah uprising, hilanglah kuasa dan kekayaannya. Maka lebih baik dia tunduk kepada master nya, yang mengumpan umpan roti gandum di depan matanya. Like a dog puppy, wagging his tail incessantly, wishing to please his master just to get that pieces of bread.

Inilah jadinya bila kita memandang ringan pembangunan sektor makanan negara, dan bila rasuah menghalang niat baik saki baki polisi yang bagus tujuannya. Kita macam mana? Takkan nak jadi macam Egypt?

Semua negara maju mengambil berat sektor penghasilan makanan mereka, apalagi makanan ruji. Masing masing melaburkan wang yang banyak untuk research, dan selalu bersedia dengan subsidi. It's food security. No food, no power.

Kerajaan yang bijak, yang mahu terus berkuasa, akan memastikan pengeluaran makanan dalam negara cukup untuk rakyatnya, akan memastikan harga makanan tidak membebankan rakyat. Self sufficient and affordable to all levels of citizen. Barulah rakyat tak bising bising sok sek sok sek nak tumbangkan kerajaan.

Egypt sekarang menghadapi masa yang sangat sukar. Siapa yang jadi pemimpin sekarang memang tersepit, berat kepala tak boleh nak tidur. Macam macam masalah yang membelit. Antara keperluan rakyat atau kehendak rakyat (necessity or want), Amerika dan Zionis. 

Berat berat.

Semoga kita tidak akan sampai ke dalam situasi Egypt.

Salam.

10 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    analytical dan critical thinking nih. Hoho.. Vote for Malayan Goat Party.. Cross breeding with local blood for sustainability of the nations.

    Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun ko ada sindrom asperger, rasanya ko tak da masalah bergaul dengan orang atasan korporat nih. Membuatkan aku teringat filem TEMPLE GRANDIN di TV ALHIJRAH 2 minggu lepas tentang penghidap dyslexia yang merevolusikan penternakan lembu di Amerika. Kisah benar ni..

      Delete
  2. Assalamualaikum prof serba tahu..

    ade unsur politik cket dlm entry trbru ni.mgkin byk komen la kalu bab2 politik xcaya tanya fairul.haha..dasar kerajaan berkaitan makanan negara aku ingt dh byk dh tp dr segi pelaksanaan mmg hancuss..mgin sbb diktator msih ada dlm Malaysia nih wpun dh ltak jwtan.hehe..

    kebetuln trbaca psal bantahan Petani di Jepun trhadap TPP(Trans Pacific Partnership ala2 FTA) antra jepun,US,Canada,Singapore(apsl Singapore join??)..yg bkal mnyebabkn 2juta petani n pekerja sektor pertanian trjejas.smbgan sektor prtnian xsmpai pun 1% kpd KDNK Jepun tp sektor ini bgitu dlindungi mgkin ade kaitn dgn food security yg PSt alwi sbutkn..kita pulak mcm mane??slagi ade untg utk org tengah n org dlm jabtn.tertentu..blasah jelaa..APTB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak sentuh juga pasal Pejabat Pemakmuran Ternakan dalam entri ni, tapi aku dah delete. Bulan pose, takpe dah habis puasa nanti sambung balik.

      Delete
  3. lupe pulak nk ltak link..hehe..http://www.businessweek.com/articles/2012-08-02/japan-wants-free-trade-dot-its-farmers-dont

    ReplyDelete
  4. Politik ni isu sensitif. Lebih2 lagi kalau tentang tanah air tercinta ni. Kebanyakan orang nampak satu pihak hitam dan satu lagi putih. Tapi dunia ni kelabu. Mana ada orang betul semua dan salah semua kecuali nabi yang maksum.

    Kasihan orang rohingya di Myanmar, kalau tulis tentang mereka pun mana ada orang nak komen ya tak. Tapi kalau kita perhatikan, kebanyakan etnik yang kena tindas ni memang daya inisiatif rendah, kalah dalam persaingan dan salah memberi keutamaan pada nilai yang dipegang.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apesal kerajaan Malaysia senyap je, genocide ni macam Pol Pot di Cambodia.

      Tapi kan korang perasan tak???

      Yang selalu jadi mangsa invasion/genocide/ethnic cleansing semuanya kaum petani. Kalau kaum pastoralist (penternak) diorang jadi invader/killer. Contoh Mongol - China, dan di Rwanda Tutsi - Hutu.

      Makes me wonder why..

      Delete
    2. Benda ni isu ASEAN, ahli asean dah consensus takkan masuk campur urusan negara anggota. Rumit tapi masih ada gerakan underground juga tolong mereka ni, cuba tengok berapa ramai orang mereka di Malaysia.

      Aku pun tak berapa faham benda macam ni. Setahu aku, kaum penternak ni perlu cari sumber penting iaitu makanan ternakan mereka seperti kuda dan kambing. Kawasan tandus ni memang tempat mereka jadi sifat nomad ni membuatkan mereka pindah randah dan cukup sesuai untuk hit and run macam taktik gerila. Hehe..

      Delete
  5. Temple grandin..

    Link: http://www.templegrandin.com/

    copy dan paste di browser anda

    ReplyDelete