Sunday, June 24, 2012

KENAPA IMUNITI 'NAMPAK' RENDAH MASA MENGAWAN DAN BERANAK

Baru landing kat LCCT sepang dari sibu, sarawak. Sepupu lelaki aku kahwin ngan orang sana. So aku join sekali untuk meramaikan rombongan pengantin lelaki. 36 ahli rombongan. Duduk homestay, takde akses internet, so aku duduk diam diam. Anak sulung aku mengamuk sakan dalam kapal terbang 20 minit sebelum touch down kat airport sibu hahaha pening dibuatnya.

Malam pertama kat homestay dua dua anak aku susah nak tidur, mengamuk lagi. Aduh laa memang kena banyak bersabar bila ada anak ni. Kambing 300 ekor pun aku boleh tidur lena, tapi anak 2 orang belum tentu boleh tidur lena hehehe baru aku tahu hebat tak hebat mak bapak aku jaga kitorang lapan beradik. Aku doakan mereka berdua sentiasa dirahmati Tuhan, dipelihara kesihatannnya dan diampunkan dosanya. Terima kasih lah mak abah atas pengorbanan yang dilakukan sepanjang membesarkan kitorang.

Sibu ni setahu aku pusat gangster kat sarawak, entah entah satu malaysia. Majoriti kaum cina. Memang patutlah banyak triad. Anyway Pasar Besar Sibu adalah pasar segar terbesar di sarawak, siap car park 5 tingkat. Ada hotel lagi. Banyak penduduk pendalaman bawa hasil mahsul kampung diorang ke pasar besar ni, tidur 3 – 4 hari kat sini bagi menghabiskan hasil jualan sebelum pulang ke kampung masing masing. Kebanyakannya menggunakan sungai sebagai cara pengangkutan utama dan lebih pantas berbanding jalan raya. Sungai Rejang yang merupakan sungai terpanjang borneo sememangnya menjadi jantung kepada banyak bandar bandar di bahagian 3 sarawak ni.

Aku dok cari juga ulat sagu gemuk bulat tu, tengok kat tv macam best je ulat sagu digoreng. Tapi mak aku cakap ada fatwa dikeluarkan mengharamkan konsumpsi ulat sagu ni. Aiseymann..

So sepanjang aku duduk sini, aku tak sempat nak siapkan draft aku kepada fairul hehe. Bila masa nak buat asyik berjalan je. Sori sori sabar sabar. So aku buat yang mana sempat dulu lah.

Ok, dalam komen komen kat 2 post aku sebelum ni, fairul ada nyatakan kerisauannya pasal kadar hormon pembiakan semasa baru beranak yang merendahkan imuniti kambing betina.

Sebenarnya bukan kambing je, tapi setahu aku semua mamalia akan mengalami situasi serupa termasuk yang jantan. Pasti bersebab kenapa Tuhan jadikan macam itu. Kita cerita pasal kambing jantan dulu. Semasa 'rut' atau puncak mengawan, kambing jantan akan mengalami perembesan hormon testosteron yang tinggi dalam darah. Lagi tinggi testosteron, lagi kuat bau, lagi kuat hamis, lagi 'attractive' kambing jantan buat yang betina.

Dalam masa yang sama, lebih tinggi testosteron dalam darah, lebih banyak cacing bermaharajalela dalam badan ketika ini. Perkara ini kita boleh kaji dengan membuat fecal egg counts. Aku cuba juga cari cari kalau ada research local atau international pasal ni, tapi tak jumpa jumpa.

Now, kenapa jantan yang menarik di mata betina adalah jantan yang paling tinggi testosteron tetapi dalam masa yang sama nampak seperti imuniti terhadap cacing semakin rendah?

Sebabnya jantan tersebut telah membuktikan yang dia resilient(tinggi daya juang) terhadap keganasan cacing cacing semasa dalam puncak mengawan. Resistance (daya rintang) dan resilience (daya tahan atau daya juang) adalah 2 perkara yang berbeza tetapi menjadi ciri pelengkap dalam sistem imun.

Resistance merujuk kepada betapa susahnya parasit nak memecahkan benteng pertahanan sistem imun, manakala resilience merujuk kepada betapa tahannya perumah (host) bila benteng pertahanan telah dipecahkan. Ada kambing yang tinggi resistancenya tapi rendah pula resiliencenya. Ada kambing yang rendah resistancenya tapi tinggi pula resiliencenya. Dan ada kambing yang tinggi kedua dua resistance dan resiliencenya, lantas membentuk sistem imun yang terbaik.

Dan kambing jantan sebeginilah (yang tinggi resistance dan resiliencenya) yang menjadi idaman kepada kambing betina (kehamisan itu menjadi petunjuk sesuai buat mereka). Kambing betina mahu pejantan yang memiliki sistem imun terbaik agar sifat itu boleh diwariskan kepada keturunannya. Kadar survival sebarang jenis spesis akan meningkat jika spesis tersebut memiliki imuniti yang tinggi, betul tak?

So itulah gunanya atau sebabnya kenapa populasi cacing meningkat ketara semasa kambing jantan masuk puncak mengawan, agar kambing betina boleh mengenalpasti mana satu jantan yang resilient kepada onslaught cacing cacing ni. Ianya sebahagian natural selection untuk memastikan survival of species. Memanglah risiko kambing jantan untuk mati atau sakit adalah tinggi semasa puncak mengawan, tapi aku nak tekankan kat sini ianya adalah proses semulajadi.

Kita sebagai pembiak nak buat apa?

Well, keutamaan kita adalah keuntungan, realitinya kita tak ambil kisah langsung pun pada survival ternakan kita secara long term. Cuma bagi pembiak berpengalaman yang ingin menjadikan sifat tahan lasak sebagai satu paksi dalam program pembiakannya, maka dia tidak akan guna dewormer kepada pejantan pejantannya atau pun kambing betinanya. Bila tak guna dewormer, baru nampak ciri resistance dan resilience ni. (WARNING : Aku tak galakkan pembiak baru full time untuk ambil jalan ini, too much risk, yang penting kita survive dulu, kita ada untung dulu. Besok dah stabil barulah bereksperimen).

Macam mana dengan kambing betina?

Lebih kurang sama reason dia. Masa mengawan atau beranak, disebabkan perembesan hormon pembiakan, memang cacing cacing multiply, cacing cacing ambil kesempatan  . Pelik juga kan? Tapi itu semua memudahkan ciri resiliency lebih mudah dikenalpasti, jadi lebih senang nak pastikan betina yang benar benar lasak jadi ibu, agar sifat imuniti yang tinggi sentiasa diwariskan dalam species tersebut. (Sekali lagi aku tegaskan, lebih baik guna dewormer bagi pembiak baru full time – kalau tak guna memanglah kita dapat ciri resistance dan resilience dalam kita punya herd, tapi realitinya kita belum bersedia menghadapi kadar kematian yang tinggi, profitability is still the overriding factor).

Kesimpulannya kita jangan risau sangat bab bab ni. Bagi pejantan yang masuk puncak mengawan, bagi lebih banyak dedak high protein (soybean meal based atau campuran fishmeal) kerana high protein diet membantu sistem imun. Atau pun boleh guna formulasi UM yang sedang diuji kat kandang aku hehe. Memang terbukti tiada simptom kecacingan walau pun meragut paddock yang sama hari demi hari. Selsema pun takde, urinary calculi pun takde. Top class juga formulation UM ni. Tapi aku belum start jual lagi.

Bagi kambing betina guna dewormer preferably prepartum (memang kena ada rekod, baru kita boleh forecast bila nak bagi). Tapi realitinya aku sendiri tak amalkan pun. Sibuk betul sekarang ni. Kalau nak guna dedak high protein boleh juga tapi tulah kena tahan ongkosnya pak hehehe.

Jadi kepada fairul, aku harap aku dah mula menjawap sedikit persoalan ko ni (tapi ada berderet lagi soalan, isk.. isk..). Dan kepada orang kaya isal aku dah membentangkan apa yang aku tahu dalam masa tak sampai 10 minggu (well, tak sampai pun 24 jam lepas aku baca komen korang ni), dan aku menunggu hasil kajian korang pula.

Salam hormat.

20 comments:

  1. Isal, aku dapat commnet ko dakam emel aku tapi tak muncul pula dalam post aku ni. Tapi takpe.

    Aku recommend guna mass deworming setiap 4 bulan bagi semua jenis baka kambing. Bagi pembiak barulah, sebabnya awal awal ni yang penting lagi banyak kambing yang hidup, lagi untung, lagi rendah risiko gagal.

    Besok dah berpengalaman, dah boleh afford higher mortality rate takpelah switch to selective deworming.

    Sulaiman alrajhi amal solat berjemaah dan kuat bersedekah.

    ReplyDelete
  2. Eh komen kedua pun tak muncul, apa kenenya ni ada virus ke dalam blog aku ni?

    Mass deworming tu buatlah setakat termampu. Kalau 100 ekor jenuh gak tu. Atau dah rasa stabil. Selective deworming memang low input tapi kena bersedia utk higher mortality. Recommended utk pembiak yang dah mencapai full running capacity.

    Tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. apo kono plak dh komen aku xmncul.hantu kain kapan prof.alwi dh msuk dlm blog ke ape nih.haha

      xjd mslah Prof.Alwi,kalu 100ekor pun skiranya bleh mngurgkn death rate,n mngktkan produktivity still worth the efforts.nk sribu daya xnk sribu dalih ye x.haha..smgt kekambingan msih membara nih.yeahhhh..

      blik mggu nih..nk g MAHA N9 n beli Chan Broad Spec kt Lazuli,rsenye ade bkak Booth kt ctu dgn geng2 kmbing keratong laa.haha

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Wrmbth, Faham2 dah. Tq tuan. Semoga jadi bekalan di akhirat kelak. Adalah baca sikit2 diinternet, kalau nak tambah litter size ada banyak faktor, baka, umur induk, pemakanan dan sebagainya.

    Tapi ada satu perkara yang macam menarik untuk dikaji, nak dapat anak kembar ni sangat bergantung kepada ovulation rate. Maksudnya kalau follicle ovari bebaskan lebih banyak ovum lebih tinggi kemungkinan dapat kembar.

    Dalam pembacaan sebelum ni, ada tak faktor2 atau melalui pemerhatian dikandang ko, perkara apa tambah ovulation rate ni? KEmungkinan yang aku pinpoint sekarang ni, senaman cukup dan waktu malam tutup lampu. Macam ko cakap dalam entri dulu tu. Photoreceptor pada tubuh akan merangsang perembesan hormon dalam tubuh. Boleh jadi sebab itulah kidding rate ko tip top. Hehe.

    Formulasi UM tu tak nak bagi sample ke? HEhe. AKu sudi jadi bahan uji kaji. kalau dalam makmal pakai tikus putih. Dalam kandang aku pakai kambing putih.

    Aku pun tak dapat baca komen orang kaya isa ltuh, tapi betul la cakap alwi, masa dia tulis artikel tu aku macam dapat rasa amalan2 dalam kandang alwi belum boleh orang macam kita implement sepenuhnya. Duit memang tengah masyuk, tapi sampai bila? Trial n error perlukan modal yang besar terutama melibatkan mortality rate. Hoho.. Takut2. Na'uzubillahimin zalik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heat stress very SIGNIFICANTLY affect ovulation rate, and one interesting law of nature is the bigger the size of organism the slower reproduction rate become.

      Nak tambah kidding rate selain penggunaan baka tempatan, adalah dengan mengurangkan heat stress (guna kipas, aircond - energy usage tinggi tapi kalau dapat sumber tenaga murah, hmmmmmm... ye aku tahu nampak macam tak praktikal, but i think it works..

      Delete
    2. Kalau mandikan macam mana pulak? boleh kurangkan heat stress tak? Hehe. Seminggu sekali siram air bagi segar badan dia

      Delete
    3. kalu kmbing betina "in heat" cmner prof.alwi.haha.grau2..praktikal x pkai kipas yg ada air mcm kt rstoren mamak tu?mgkin effect kt kayu kndg n kos utiliti.tp kite psg time tnghari je/panas giler2..maybe bleh try kt research kt bbrapa ekor kmbg tgok prestasi.sorry kalu idea xbrape brnas..hehe

      kndg aku agak teduh sbb bwh lreng bukit(xtnggi pun)..jd mmg tghari xbrape panas..cume aku rsaukn keadaan dlm kndg agak lembap wktu pg.kol 10 keatas brula kering cket..ade possibility utk pnyakit pneuomonia x prof??

      Delete
    4. tempat ko ni memang empat jin bertandang. Lereng bukit2. ANgker2. Siri bercakap dengan kambing.

      Delete
    5. Haha..mgkinla.tp kmbing aku lg jin dr jin...pkul 2-3pagi bru blik kndg..nk upah gembala xbrbalui.cket je.hehe..

      Delete
    6. Wow, bole tahan. pukul 2-3 pagi baru balik. Memang kutu rayau ni

      Delete
    7. Kalau pasang kipas ada mist macam kat kedai mamak, maka aku akan keluarkan kambing dari kandang, dan aku pula yang dok kat situ hahaha

      Delete
    8. kelembapan memang mengundang penyakit, tapi aku rasa kandang ko ok lagi. Aku pernah jumpa kandang yang terpaksa pasang lampu 24 jam, punyalah gelap. Aku pergi tengahari pun gelap, tak nampak kambing. Aku pelik macamana nak buat kerja dalam gelap gelap tu

      Delete
    9. isal, kambing ko singgah night club ke balik kandang kul 2 - 3 pagi? dasat dasat

      Delete
    10. Aku suspect mmg die snggh night club laa.xpun di gi sewang kt kmpg.org asli.hehe.kdg2 blik awl kdg2 lmbt.tp xpe yg pnting sume blik dgn kekenyangn..skrg aku umpn pelet cap persahabatan,ptg2 bru letak cket je..nmpk awl cket dh diorg blik.tupun si Robert@pejntan aku grup die pling lwat jgk..

      Delete
  4. Ikan salmon sanggup mati untuk pastikan anak2nya hidup dengan makan hasil nutrien daripada pengorbanan ikan dewasa. Kambing sanggup turunkan perisai untuk perkara yang sama.

    Manusia pun macam ni juga ke?

    ReplyDelete
  5. Semasa musim mengawan, badan banyak menggunakan sumber dan tenaga untuk proses tersebut sampai kurang imuniti.

    Contohnya semasa makan tak sesuai untuk belajar sebab banyak sumber darah digunakan untuk penghadaman. Kitar hidup cacing yang pelbagai ni memang dah mengambil kira perubahan hormon pada badan perumah ya. Bila tiba musim mengawan dan beranak saja mereka pun melipatgandakan usaha penghasilan telur.

    Salah satu cara Allah swt yang cantik untuk kekalkan keseimbangan ekologi. Kawalan saiz populasi. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, dan dalam masa yang sama memastikan yang benar benar lasak terus hidup, kalau kita biarkan natural selection lah. Tapi dalam penternakan, memang kita campur tangan, kita kacau selection process ni. Tak salah, cuma kena cari titik keseimbangan. Bagi peluang untuk organisma lain berkongsi, hidup bersama sama.

      Delete
    2. Mana nak dapat formulasi UM tu? AKu rasa untuk kes aku yang kawasan pastur terhad sesuai nak cuba tu? UM ada buat Fecal egg count ya?

      Delete
    3. Formulasi UM kena tunggu dulu. Tapi untuk kawasan ragut terhad, oklah guna formula tu.

      Delete