Thursday, February 23, 2012

Karnival di RTC

Baru baru ni aku ke karnival RTC (Rural Transformation Centre) di Gopeng, Perak. Aku pergi sebelah petang pasal pagi aku sibuk ngan kambing kambing aku. 18 Feb aku pi, aku kena patah balik pasal hujan lebat sangat, traffic jam, kereta bersusun berkiloooooometer panjang. Rupanya PM merasmikan hari itu, aku tak perasanlah plak.

Esoknya aku pi balik, belah petang sebab pagi memang kena menghadap maharaja kambing dulu. Orang memang ramai betul, yang jual makanan dan minuman semua hilang anak mata, ganti dengan rm, rm, rm, macam mesin slot kat genting sana nun. Haha memang syoklah sapa sapa yang buka gerai makan kat situ, seluar semua nak terlondeh nampak 'spender' pasal poket penuh sangat dengan ringgit malaysia dan syiling malaysia.

Makanan yang paling best kat situ ialah kambing golek. HS Nada yang buat. Aku heran gak, pasal setahu aku HS Nada ni lebih menjurus kepada lembu lembu dan produk daging lembu. Tak perasan plak aku bila dia start main kambing nih. Tak kisahlah janji kambing golek dia sedap.

RTC ni dulunya Terminal Agribisnes Negara. Dulunya lagi Terminal Makanan Negara (TeMaN). Asyik tukar nama je, pening rakyat macam aku nih. Kalau tak silap aku, kos pembangunan TeMaN ni sekitar 200 juta. Idea kementerian Pertanian (FAMA kot?). Memang untung besau kontraktor pembinaan yang dapat projek TeMaN nih.

Tujuan? Ntah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu kawasan tu kosong, sepi. Pemborong pemborong sayur, ikan, daging tak mahu masuk situ. Sunyi sungguh. Memang hampir mencapai status gajah putih. La ni, banyak pejabat kerajaan terpaksa ditempatkan kat situ bagi menarik minat lebih ramai rakyat termasuklah yang terbaru ni agensi agensi di bawah Kementerian Luar Bandar. Pasal tu nama terbaru dia RTC (Rural Transformation Centre).

Karnival itu hari aku tengok booth agensi agensi Kementerian Pertanian belah belah hujung, macam terpinggir je. Projek mega TeMaN Kementerian Pertanian yang tak jadi jadi dah diambilalih Kementerian Luar Bandar, itulah yang aku dok hitung hitung.

Serahkan kepada mereka yang lebih cekap kot? Yelah takkan nak biarkan jadi gajah putih. Karang jadi macam Pusat Fidlot Nasional, makin hilanglah kepercayaan rakyat bawahan macam aku ni. Yang aku nampak, kontraktor yang bina projek mega mega nilah yang untung besar, yang gelak sakan bila tengok akaun banknya makin membukit.

Kita petani dan penternak apa yang dapat ye? Dok telan air liur je, bila nak telan yang sedap sikit?

Kat TV, suratkhabar bukan main peruntukan yang diwarwarkan. Pak menteri umum dana sana sini. Tapi yang dapat jerung besar, pulak tu salah guna peruntukan. Ikan bilis kecik macam aku ni terlopong tengok kerakusan jerung jerung nih. Hahaha..

Cuba bayangkan, N** dapat soft loan 20 tahun. Bunga 2% je setahun. Grace period 3 tahun, takde cagaran. Siap bagi kawasan lagi… Mak aihh….

Kita renung pinjaman yang disediakan untuk penternak kecik macam aku ni.. tempoh pinjaman 5 tahun, Bunga 4-5% setahun, grace period kalau luluslah setahun je.. Sebulan terlepas bayar, telepon dah berdering…

Setahu aku polisi kementerian kewangan ni memberikan pinjaman pada 2% + BLR. Maknanya N** dapat pinjaman di bawah kadar kos. Terma terma pinjaman kepada N** ni betul betul soft, betul betul fleksibel, tak menyerupai pinjaman, serupa hulur duit suruh enjoy je..

Terlopong… terlopong ikan bilis… 

4 comments:

  1. Aku mmg trjnguk2 kt blog sifu nih tkut2 ade mklumt brgune.hehe..aku nk ulas cket psal NFC tu.bru ni adela bkas org bsar Agrobank dg kilang aku.borak pnye borak last2 die ckpla mmg nfc ni mngarut je.just on paper.nsib bek die xlulus pnjman awl 150juta mse tue.kalu x dgn die2 msuk court(kalu msuk la)...bangang xhabis2 puak2 tue..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth, Tuan Kambing, Boleh buat entri tentang macam mana tugas bagi makan kambing dan diet harian mereka ni.

    Lagi satu, kambing kampung ni buat kambing golek tak nampak kecik sangat ke? Paling berat berapa kilogram kambing kampung atas kandang boleh capai?

    HS NADA tu buat trading. Saya tahu dia ambilkambing kat mana

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://hargakambinboer.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Entri tugasan harian nanti aku post.

      Ayat yang aku gunakan kena renung dalam sikit, haha baru betul betul nampak.

      Kambing aku baka kacukan kampung yang pejantannya 50kg - 60kg dan induk 25kg - 35kg. Sederhana aje. Tak kecik sangat tak besar sangat. Ada 3 klasifikasi group untuk prestasi kenaikan berat badan bagi anak anak jantannya. Situasi serupa untuk semua pembiak di malaysia (dalam kawasan tropika).

      1st group elit dari 10% populasi induk. Diorang ni kalau yang jantan mencapai berat 45 - >50kg umur setahun. Banyak penternak suka berbangga dalam blog/media guna gambar jantan dari grup elit ni.Tapi cuma sedikit je yang ada. Takat 10% aje.

      2nd group pertengahan dari 70% populasi induk. Jantan group ni capai berat 40 - 45kg umur setahun.

      3rd group bawahan dari 20% populasi. Jantan kumpulan ni capai berat 30 - 40kg umur setahun.

      Jadi sama atau hampir dengan prestasi kenaikan berat badan mereka yang gunakan baka baka eksotik yang mahal dan bersaiz besar.

      Aku boleh dapatkan kenaikan lebih cepat dengan nutrition level yang lebih tinggi, atau buat 100% fidlot, atau senang cerita, betul2 "pam" jantan jantan ni. Tapi aku tak kejar berat hidup, aku kejar penghasilan daging berkualiti.

      Aiseymann... panjang plak ceritanya, nantilah aku buat entri gak. hahaha sori le....

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    adakah masalah kambing mati sebab air tercemar ni kerap terjadi dalam kandang. Ada guna nipple drinker tak atau gunakan bekas minuman? Kes ni serius atas kandang hamba allah yang menulis ni. Sebab tu saya pasang ni nipple drinker. Boleh kongsi apa dapatan dari pengalaman lepas

    UMM BARAQAH RESOURCES

    ReplyDelete